Breaking News

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts
Showing posts with label Meal Shakes. Show all posts

Sunday, 18 May 2014

Tip Penjagaan Anak Ketika Demam

Cuaca yang tidak menentu, perubahan suhu boleh mengakibatkan demam, terutamanya anak-anak kita. LV dengan ini nak share dengan ibu & ayah tentang penjagaan anak ketika demam dan tip untuk cepat turunkan suhu badan anak2. Jangan panik yer, banyak cara yang dapat membantu kita.


6 Tips Untuk Anak Cepat Baik Dari Demam



Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, kejap hujan, kejap panas, ramai anak-anak mengalami demam. Ada yang demam berhari-hari, tak baik-baik juga. Ada yang ambil masa lama nak baik dari demam. Macam-macam cara ibu-ibu nak pastikan anak baik dari demam.

Memang risau anak demam lama-lama. Macam-macam penyakit berjangkit ada sekarang, anak-anak memang mudah kena demam terutama bila terdedah di luar dan di taska yang ada anak lain yang demam.

Huhu. Risaunya.

Jom semak 6 tips berguna untuk anak cepat baik dari demam.



1. Pastikan anak betul-betul demam

demam

Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak-anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.


Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.


Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.


Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.


Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.



 

 


demam


2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.

“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun-tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging :


1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan-lahan menggunakan tuala pertama, dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga, serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
*JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/AIS!


Air sejuk/ais
akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.



child-vater


3. Galakkan anak minum air dengan banyak
Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak-anak dan segelas cawan. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap.


Jika anak masih kecil, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.

Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas (air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain-lain.

Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak melalui tanda-tanda di bawah ini.


Dehidrasi ringan:
Aktif, jumlah air kencing dan kekerapan macam biasa, air mata ada ketika menangis.


Dehidrasi sederhana:
Merengek, bibir merekah dan mulut kering, air kencing kurang banyak, 1-2 kali sehari, berwarna kuning pekat, mata cengkung ke dalam dari biasa, tiada atau sedikit air mata ketika menangis.


Dehidrasi teruk:
Lembik, tidak mampu membuka mata atau melihat kembali, tidak kencing langsung dalam 24 jam, terbaring sepanjang masa dan tidak bermain, kaki dan tangan sangat sejuk, bernafas dengan laju, nadi lemah dan cepat, kulit kering dan berkedut.
Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/terus ke hospital untuk rawatan lanjut.



nipis
4. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak-anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak-anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak-anak juga lebih selesa.




Apotik Murah

5. Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat paracetamol (atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun-tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan.

Sekiranya demam anak-anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.




kanak-kanak berdoa

6. Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah.
Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK. Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Jangan terlalu ikut emosi... Doakan yang baik-baik ye wahai ibu bapa.





Nak anak sentiasa sihat, jarang demam dan batuk/selsema cepat sembuh? Jom Cuba Mealshake dari Shaklee. Ramai ibu-ibu SANGAT BERPUAS HATI dengan Mealshake.. Anak mereka cergas dan jarang demam walaupun tinggal di taska.


Meal shake shaklee


Tak percaya?


Jom tengok testimoni-testimoni ini.



testimoni-shaklee


Testimoni 1:



Testimoni 2:



Ramai ibu-ibu yang gembira. Sangat gembira.

Lebih gembira jika tahu harganya yang sangat berbaloi.


 
Hanya RM114. 

Boleh tahan sehingga 2-3 bulan.

Mak Ayah pun boleh join minum sekali.. Eh, berkali-kali pun boleh






Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com





Read more ...

Thursday, 8 May 2014

Cara Bancuh Mealshake Yang Tak Sampai 1 Minit

Cara Bancuh Mealshake


"Sesuai juga dijadikan Sarapan Pagi"


 mealshakes gelas


Mealshake adalah makanan penuh nutrien untuk semua golongan sebenarnya, tak semestinya untuk anak. Tapi kenapa bila kita sebut Mealshake, semua ingat untuk anak? Sebab anak-anak la antara yang perlu di beri perhatian yang lebih bagi memastikan merka mendapat nutrisi dan membesar dengan sihat.



Di akhir artikel ini, saya akan tunjukkan cara bancuh Mealshake secara bergambar.

 

Mealshake tak semestinya untuk anak-anak, tetapi untuk orang dewasa juga. Antara mereka yang sesuai adalah:





Wanita hamil yang alah di awal trimester, tak boleh telan ubat.
Mereka yang ingin tambah berat badan
Mereka yang sembelit dan sering sakit
Mereka yang tak suka makan ubat pil
Semua golongan yang mementingkan kesihatan

 

Kenapa Mealshake sesuai untuk anak anda?


Mealshake ada 19 vitamin dan mineral, dah macam multivitamin, tapi boleh bancuh dalam air. Rasa dia sedap, rasa vanila. Memang ramai menggemari rasanya termasuk anak-anak.


Cara Bancuh Mealshake untuk anak









kredit gambar: Fariza Ramli



1. Letakkan air suam ke dalam botol

2. Masukkan sukatan susu seperti biasa

3. Masukkan satu sudu kecil Mealshake

4. Bancuhkan sebati


Perlu diingat, ibu-ibu tidak boleh bancuh Mealshake lebih banyak dari dos yang disarankan, Mealshake tidak boleh dibancuh dengan air panas ye.




Satu lagi, pastikan anak anda tidak alah susu lembu sebelum diberi Mealshake.






BONUS



Resepi bancuh Mealshake dan ESP











kredit gambar: Fariza Ramli


1. Sediakan air sejuk

2. Bancuhkan 1 sudu ESP dan Mealshake

3. Bancuh sedikit Ribena

4. Shake semua bahan sebelum minum


"Sedap sehingga anak-anak menjilat jari"


Dapatkan Mealshake anda hari ini dengan harga RM114 sahaja satu canister.




Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh




logo


iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com



Read more ...

Wednesday, 23 April 2014

4 Tips Sihat Ketika Berpuasa

kurma 31. Berbuka dengan ruthaab, tamar atau air


 

Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa.




Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan.



Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam Abu Daud dan Al-Hakim  ‘Rasulullah saw berbuka dengan memakan beberapa Ruthaab sebelum solat, kalau tiada Ruthaab maka baginda berbuka dengan Tamar, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk’.


Bersegeralah berbuka. Tetapi kawal makan semasa berbuka. Sebaiknya kita berbuka dengan karbohidrat ringkas seperti kurma, bersolat dan seterunya menikmati juadah yang lebih berat. Dengan itu kita akan mendapat tenaga segera dengan memakan karbohidrat ringkas dan menyediakan perut kita bagi menghaDam makanan yang lebih kompleks. Perut yang kosong selama 14 jam akan lebih baik jika didedahkan dengan makan secara beransur-ansur.


Kita juga jangan menganggap juadah berbuka adalah gabungan makan pagi, tengahari dan  petang  yang ditinggalkan beserta makan malam. Berbuka melebihi had menyebabkan badan menjadi letih dan kurang cergas untuk beribadat. Konsentrasi solat juga akan terganggu. Adalah baik bahawa kuantiti juadah yang kita nikmati adalah seperti kuantiti makan malam biasa. Kita berhenti makan sebaik sahaja merasakan perut akan penuh.



2. Melebihkan minum air kosong


 

teks air kosong

 

 

Kita digalakkan meminum sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Tetapi rata-rata amalan meminum air kosong berkurangan di bulan Ramadhan.  Apa yang kerapkali berlaku adalah kita minum air manis (air tebu, cincau, oren, sirap etc) dalam kadar yang banyak semasa berbuka serta ditambah dengan meminum air manis (milo, nescafe, teh susu) selepas tarawih dan semasa bersahur. Sebaiknya kita perlu mengurangkan minum air manis semasa berbuka dan membanyakkan meminum air kosong selepas tarawih. Air kosong penting bagi proses perkumuhan dari buah pinngang.




Puasa Ramadhan adalah satu jangkamasa yang penting berlakunya proses ‘detoksifikasi’. Detoksifikasi adalah proses pembersihan racun dan toksin dari badan. Ketika berpuasa organ pencernaan makanan seperti perut dan pankreas berehat. Ia membantu organ pembersihan seperti usus, hati dan ginjal berfungsi dengan lebih berkesan mengeluarkan toksin  dari badan. Ketika puasa juga,  bahan simpanan dalam badan (lemak) ditukar kepada glukos untuk menghasilkan tenaga. Bahan toksin yang ‘larut lemak atau lipid soluble’ akan dibuang bersama. Namun begitu, proses detoksifikasi  tidak berkesan jika  kurang air di dalam badan.



Ada pendapat mengatakan bahawa minuman ais/sejuk adalah tidak baik bagi kesihatan kerana air yang sejuk di dalam perut akan menyebabkan lemak berkumpul dan mengganggu proses penghadaman. Walaupun pandangan ini diterima ramai, tiada fakta perubatan untuk mengesahkannya. Air  sejuk/ais adalah hidangan hampir wajib di setiap rumah semasa berbuka di negara kita.  



3. Sebaiknya masak sendiri juadah berbuka


 

manita masak

Juadah berbuka sebaiknya dimasak sendiri atau oleh isteri. Dengan itu kita dapat megawal kadar pengambilan lemak, gula dan garam dalam makanan serta tahap kebersihan penyediaannya.  Makanan yang dibeli di Pasar Ramadhan adalah di luar kawalan kita dalam aspek tersebut. Cadangan ini mungkin tidak praktikal kepada para pelajar serta pekerja yang penat setelah seharian bekerja.  Tetapi bagi  suri rumah dan pekerja yang dapat balik lebih awal, perkara ini boleh diusahakan. Setidak-tidaknya kita menyediakan juadah berbuka pada hujung minggu dan hari cuti.


Satu trend  yang kurang sihat yang berlaku di bandar-bandar adalah menghadiri ‘Buffet Ramadhan’ di hotel-hotel. Hotel-hotel ini biasanya menawarkan pelbagai juadah istimewa sebagai penarik dengan harga yang tidak murah. Secara psikologinya, setelah mengeluarkan belanja yang tidak sedikit, kita akan cenderung makan sepuas mungkin. Ini menyebabkan kita terlebih kenyang dan ini tidak membantu dalam pengamalan makanan yang sihat. Ini tidak termasuk dengan status halal dapur-dapur hotel yang diperkatakan sekarang.




Perbanyakkan makan buah dan sayur dalam bulan Ramadhan. Buah-buahan dan sayur mempuyai banyak serat serta anti-oksident. Serat penting  bagi melancarkan sistem penghadaman. Manakala anti-oksident adalah elemen penting anti-penuaan dan melawan penghasilan barah. Saya mencadangkan supaya kita memakan lebih banyak sayur semasa berbuka dan menggantikan kuih-muih yang dimakan dengan buah-buahan selepas tarawih serta semasa bersahur.




4. Lewatkan bersahur


 

bersahur

Rasulullah saw menyuruh kita bersahur serta melewatkannya. Rasulullah saw  bersabda  ‘bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada barakah’ (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai, Ibn Majah).


Sahur yang dilewatkan sebenarnya adalah sarapan pagi yang awal atau  ‘early breakfast’. Sebenarnya makanan yang paling penting dalam sehari adalah makan pagi.




Orang yang bersarapan pagi mempunyai risiko kurang 50% mendapat sakit jantung dan kurang risiko gemuk dan kencing manis. Sahur akan memberikan tenaga sepanjang puasa selama sehari. Glukos darah yang kurang di awal pagi akan terus kurang jika kita tidak bersahur. Bahkan bersahur lebih penting bagi kanak-kanak kerana tubuh mereka yang kecil.



Semoga penjagaan kesihatan semasa puasa Ramadhan  dapat menjadikan badan cergas bagi melaksanakan ibadah semaksima mungkin. Kerana kita tidak tahu Ramadhan kali ini mungkin  yang terakhir bagi kita.


sumber : http://www.wanitaisma.net/


mighty 3 gems set



Terdapat 3 jenis produk :- 



Mealshake & Energizing Soy Protein (ESP) 


Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.



Performance Drink


Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran atlit (ala-ala 100 plus tapi lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP.


Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.


Untuk tenaga yang optimum ketika berpuasa, anda boleh menambah supplement :-


B-Complex

Vita-Lea Iron Formula

Susteined Release Vita-C
Read more ...

AddThis

Designed By Blogger Templates