Tuesday, June 17, 2025

Breaking News
>> 7 Tanda Anak Anda Mungkin Tonsillities @ Tonsil  >> 7 Cara Tambah Berat Badan Yang Berjaya  >> Cara Makan Set Kurus Yang Berkesan  >> Bebas Kolestrol Dengan PHYTOCOL-ST Shaklee  >> Masalah Buasir Dan Cara Mengatasinya  >> Migrain dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan    
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Friday, 2 May 2014

Tip Elak Sakit Pinggang yg Bukan Orang Tua Je Nak Tahu

back-pain-lg

Menurut kajian yang dijalankan, dianggarkan bahawa terdapat 80% orang dewasa pernah mengalami masalah sakit belakang manakala sebanyak 50% pula pernah mengalami masalah sakit leher atau sakit tengkuk.

Ini menjadikan masalah tersebut sebagai kesakitan yang paling lazim dialami ketika berjumpa doktor. Kesan utama penyakit ini :-

  1. Penyebab kepada kecacatan

  2. Terpaksa meninggalkan pekerjaan

  3. Kos penjagaan kesihatan yang tinggi


Secara perubatan, leher dan bahu terdiri daripada otot, tulang, saraf, arteri dan salur darah, begitu juga ligamen dan struktur sokongan lain. Banyak keadaan yang boleh menyebabkan sakit leher dan belakang khususnya kawasan sekitar bahu. Ada yang mengancam nyawa seperti serangan jantung dan trauma serta keadaan lain seperti bebanan.

 

 

back pain

 

Sakit belakang boleh disebabkan oleh :-


  • Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.

  • Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.

  • Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.

  • Berdiri terlalu lama.

  • Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.

  • Duduk membongkok di kerusi.

  • Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.

  • Memakai kasut bertumit tinggi.


 

Menurut Dr. Siti Suraiya Yusa ( Fisioterapi, Hospital KPJ Tawal, KL ) :-

Kunci utama dalam menjaga kesihatan belakang badan dan leher :-

  1. Belajar mempraktikkan postur yang baik

  2. Bijak menggunakan mekanik tubuh dengan baik ketika melakukan aktiviti seharian

  3. Kerap bersenam (amalan senaman yang sesuai)


Secara asasnya, penjagaan kesihatan bagi leher dan belakang ini bermula dengan postur.

Kenapa postor? Sebabnya adalah kerana kedudukan badan yang tidak betul menjadi antara penyebab masalah spina.

Kenapa spina? Kerana masalah spina akan menyebabkan kesakitan yang sedia ada akan menjadi lebih teruk. Jika ia menjadi lebih serius, ksakitan akan menjadi lebih kronik dan berpanjangan.

Oleh yang demikian, penjagaan asas postur adalah mengekalkan kedudukan tulang belakang atau spina yang neutral.

“Faktor utama yang mempengaruhi spina yang sihat ialah senaman. Kajian menunjukkan individu yang selalu bersenam kurang mengalami kecederaan atau sakit belakang. Kalangan individu yang gemar bersukan ini juga lebih mudah pulih daripada kecederaan yang dialami berbanding individu yang kurang terbabit dengan aktiviti fizikal".

 

Tips elak sakit belakang.


  • Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.

  • Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.

  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.

  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.

  • Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.

  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.

  • Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.

  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.

  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.

  • Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.





Rawatan sakit belakang dirumah


  • Tuam dengan ais atau benda sejuk di bahagian yang sakit untuk selama 15 minit. Jika ini tidak mendatangkan kesan, balut botol air panas dengan tuala dan tuamkan ke bahagian yang sakit. Jangan menggunakan haba pada hari pertama anda terseliuh atau tegang otot.

  • Berehat di atas tilam yang padat dan agak keras yang diletak di atas lantai untuk selama 24 jam. Baring mendatar dengan mengampu lutut di atas bantal.

  • Jangan mengangkat barang yang berat dan elak daripada duduk, membongkok dan memandu terlalu lama.

  • Dapatkan nasihat daripada mereka yang terlatih dalam bidang penjagaan belakang mengenai senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

  • Dapatkan khidmat jurupulih anggota dan ahli kiropraktor untuk membantu anda mencegah kecederaan daripada berulang.


 

 

Essential Nutrition - Ostematrix

 

Anda juga boleh mendapatkan supplement daripada Shaklee. Produk yang dicadangkan adalah Shaklee OsteMatrix. Kenapa Shaklee OsteMatrix ?

 

  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi

  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.


 

 

ls-header






Pengedar Shaklee Sungai Buloh

Nama : iR Surya Baizura
SID : 1086935
No HP : 012 – 6200176 /019 4705320
Email : surya.baizura@gmail.com
FB : lovesihat vitashop
COD : Sungai Buloh, Damansara Damai, Kota Damansara, Bukit Rahman Putra.

 

logo-lovesihat-transparent.png

No comments:

Post a Comment

AddThis

Designed By Seo Blogger Templates