Wednesday, July 09, 2025

Breaking News
>> 7 Tanda Anak Anda Mungkin Tonsillities @ Tonsil  >> 7 Cara Tambah Berat Badan Yang Berjaya  >> Cara Makan Set Kurus Yang Berkesan  >> Bebas Kolestrol Dengan PHYTOCOL-ST Shaklee  >> Masalah Buasir Dan Cara Mengatasinya  >> Migrain dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan    
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Saturday, 15 February 2014

Minum 8 gelas air sehari ? Fakta atau Auta

imej 8 gelasAda orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul? pening arr..

 

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! “8 gelas sehari” lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori “8 gelas sehari”. Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas air di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas air. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.

 

Kesan Kekurangan Air Putih Terhadap Tubuh Badan


 minum air

 

Tahukah anda kurang air, bahaya bagi darah dan sel-sel otak?


Tahukah anda bahawa pengaruh air terhadap sistem kerja darah dan ginjal adalah sangat besar.

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas air sehari, efek secara keseluruhan memang tidak terasa. Tapi sebagai penyelesaian, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri, di antaranya dari darah.

Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh. Sebabnya adalah darah akan menjadi kental dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.

Darah yang kental tersebut juga akan melewati ginjal yang berfungsi sebagai filter atau alat untuk menyaring racun dari darah. Ginjal memiliki saringan yang sangat halus, sehingga jika terpaksa menyaring darah yang kental maka ginjal harus bekerja lebih ekstra keras.

Kemungkinan besar ginjal akan rosak dan juga berkemungkinan besar kelak akan mengalami “cuci darah” atau dalam bahasa medik biasa disebut hemodialisis. ini lah yang paling di takuti, apabila kedua-dua belah ginjal tidak dapat berfungsi, jalan penyelesaian nya adalah hemodialisis. Ia memerlukan kos yang tinggi utuk pengulangan "cuci darah". Sayangilah ginjal kita sebelum terlambat.

dialisis

Bagaimana pula dengan otak? Perjalanan darah yang kental tersebut juga akan terhambat ketika melewati otak. Padahal, sel-sel otak paling memerlukan zat-zat makanan dan oksigen yang dibawa oleh darah.

Sehingga fungsi sel-sel otak tidak mampu berjalan dengan optimal dan bahkan sel-sel otak akan cepat mati. Kondisi tersebut akan timbulnya pula masalah strok. Kerana itu jangan sampai kekurangan air!!!

Susah ker nak minum air ni?? perkara yang paling mudah dan murah, hanya air puteh dan tidak perlu tambah gula dan perisa, ia semulajadi & terlalu banyak khasiatnya. Kadang perkara paling mudah la yang paling susah kita nak amalkan. Betul tak sahabat2 ku....macam cikgu la pulak...

imej air

 

 

No comments:

Post a Comment

AddThis

Designed By Seo Blogger Templates