
Resdung terjadi akibat radangan pada rongga sinus yang mana diakibatkan oleh jangkitan kuman. Didalam bahasa yang mudah difahami, resdung merupakan keradangan pada selaput sInus. Dalam keadaan berlakunya sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik daripada sinus. Disebabkan kegagalan hingus itu keluar, maka ia akan dipenuhi oleh rembesan. Pada keadaan normal, silia ( penyapu-penyapu kecil ) didalam sinus akan berfungsi menolak mucus keluar daripada sinus ke dalam hidung. Jika silia tidak berfungsi atau bukaan pada laluan sinus dengan hidung tersumbat, sinusitis akan terjadi.
Sebagai contoh sinusitis akut. Bermula dengan jangkitan virus yang mengakibatkan selsema, ia kemudian akan menyebabkan kesesakan didalam sinus. Keadaan ini akan membawa kepada jangkitan bakteria. Kebiasaanya jangkitan bakteria yang mengakibatkan sinusitis akan berakhir dalam masa beberapa hari.
Sinusitis berterusan atau juga sinusitis kronik pula adalah disebabkan keradangan sinus yang berlaku secara berterusan sama ada berbulan-bulan atau sehingga bertahun-tahun. Gejala sinusitis kronik mungkin tidak seteruk gejala sinusitis akut, tetapi kesannya amat besar kerana boleh menyebabkan kompilasi yang serius seperti jangkitan pada otak atau mengalami kebutaan.
Sakit tekak dan batuk adalah perkara yang berlaku kepada kedua-dua jenis sinusitis ini.
Bagaimana sinusitis boleh berlaku dan gejalanya.
Sinusitis berlaku apabila anda mendapat selsema yang mana ia dikaitkan dengan demam alahan/alergi, asma atau pencemaran yang boleh menyebabkan keradangan. Sinusitis boleh terjadi kepada semua orang tanpa mengira kumpulan umur. Sama ada kanak-kanak, remaja atau orang dewasa.
Tanda-tanda yang biasa bagi penyakit sinusitis ini adalah :
- Sakit dibahagian muka
- Sakit gigi
- Tekanan dimuka
- Hidung tersumbat
- Keluar hingus yang berwarna kuning kehijauan dan berbau
- Sakit kepala
Simptom bagi kanak-kanak pula adalah pengap hidung dimana ia akan menyebabkan sakit mata dan bengkak disekitarnya. Jika ini berlaku, pastikan anak-anak anda mendapatkan rawatan kecemasan.
Kuman/bakteria yang menjadi punca bagi penyakit sinusitis ini adalah :
- Streptococcus
- Staphylococcus
Pada keadaan tubuh yang normal, kuman-kuman ini sememangnya tealah ada didalam rongga hidung dan tidak menyebabkan sebarang penyakit. Ia dapat dikawal sekiranya system tubuh kita kuat. Namun jika system tubuh kita lemah, kuman-kuman tersebut akan membiak dan menyebabkan penyakit RESDUNG
Produk set kesihatan resdung shaklee dapat membantu mengurangkan masalah penyakit resdung yang dihidapi. Diperbuat daripada ramuan semulajadi, rangkaian produk Shaklee ini tidak memudaratkan sama ada bagi kanak-kanak atau dewasa.

No comments:
Post a Comment