PENYAKIT JANTUNG
Penyakit jantung koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolestrol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktorjantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit ini.
Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumigaya hidup sihat, pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun, statistic kematian mengenai penyakit jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.
Punca utama penyakit jantung menyerang
- Keturunan- ia berkait rapat dengan sejarah keluarga
- Tekanan- keadaan ekonomi yng tidak stabil, tekanan di tempat kerja, ego kerana merasakan tidak ada masalah kesihatan, lebih suka pendam masalah. Mungkin kerana anda tidak mahu membebankan masalah ini kepada ahli keluarga yang lain, akibatnya, tekanan seperti inilah membuatkan lelaki mudah untuk mendapat serangan sakit jantung.
- Merokok merupakan faktor penting dalam meningkatkan risiko penyakit jantung.
- Alkohol- pengambilan minuman alcohol lebih kerap berlaku di kalangan lelaki.
- Kurang aktiviti senaman- orang yang kurang bersenam dan mengamalkan cara hidup yang tidak aktif berisiko untuk mendapat serangan sakit jantung
- Masalah kegemukan- lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan terutamanya di bahagian perut lebih berisiko.
- Tabiat pemakanan- makanan yang mengandungi kolestrol, gula dan garam natrium yang tinggi akan menyebabkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang akan menambahkan risiko penyakit jantung.
Tanda-tanda awal penyakit jantung
- Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya.
- Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa.
- Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh.
Mengetahui peringkat sakit jantung
- Angina yang stabil - Peringkat ini anda merasakan sakit dada setiap kali aktiviti dilakukan. Ia berlaku kerana saluran darah koronari sempit. Ianya berlaku disebabkan mendapan kolestrol pada dinding saluran darah akibat tahap kolestrol darah yang tinggi. Ia juga mudah terjadi akibatgangguan fungsi dinding saluran darah disebabkan oleh merokok, kencing manis dan darah tingi. Apa yang boleh dilakukan pada peringkat ini, anda hendaklah mengawal faktor-faktor risiko penyakit jantung iaitu berhenti merokok,kawal pengambilan gula dan kolestrol.
- Angina tidak stabil - Pada peringkat in anda mengalami sakit dada yang berpanjangan, lebih kerap, mudah berlaku walaupun melakukan aktiviti yang ringan atau semasa rehat. Apa yang berlaku pada peringkat ini ialah mendakan pada saluran darah itu merekah atau terbelah dan mengakibatkan mendakan baru berlaku ke atasnya dan mula menutup seluruh saluran darah itu. Ini boleh tercetus oleh peningkatan tekanan darah yang meningkat, tekanan darah yang amat, peningkatan darah dan kolestrol yang mendadak. Di peringkat ini, jika tidak dirawat segera boleh mencetuskan serangan jantung (myocardial infarct).
- Serangan jantung (Myocardial Infarct) - Kebanyakan mangsa pada peringkat ini, mereka tidak tahu lansung tentang masalah kesihatan yan dialami. Sebanyak 40% kesserangan jantung yang berlaku pertama kali meninggal di tempat kejadian. Selebihnya sempat mendapat rawatan di hospital. Ia berlaku keran mendapan lemak pada saluran darah merekah atau terbelah dan berlaku mendapan lemak dan darah beku yang baru pada mendapan asal sehingga menutup seluruh saluran darah. Bila saluran darah ini tertutup lebih dari satu jam, kerosakan pada dinding jantung yang tiada pengaliran darah akibat saluran darah yang tersumbat boleh mengalami kerosakan
- kekal atau kematian sel.

- Mengenal dan mengawal faktor risiko.
- Tidak merokok atau berhenti merokok.
- Mengamal gaya hidup sihat.
- Makan makanan kurang lemak, kurang gula, kurang garam natrium.
- Lebihkan pemakanan serat tinggi, sayur dan buah-buahan.
- Lakukan senaman arobik yang berkala, iaitu sekurang-kurangnya 5 kali seminggu selama sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi. Senaman seperti berjalan laju, jogging, nernasikal, berenang amat digalakkan.
- Mendapatkan rawatan awal dalam mengawal tahap gula rendah, kolestrol dan tekanan darah yang ideal.
Rawatan
- Rawatan dengan ubat-ubatan untuk mengawal kolestrol darah.
- Rawatan dengan mencairkan darah seperti Aspirin.
- Rawatan ubat-ubatan dengan mengembangkan saluran darah.
- Angioplasty’- Rawatan ini adalah dengan memasukkan dawai yang ada belon di hujungnya ke dalam saluran darah koronari yang tersumbat dan mengembangkan belon itu supaya saluran yang tersebut dapat dilawaskan dan melebar. Ini untuk mengembalikan pengaliran darah dalam saluran yang tersumbat itu.
- ‘Stenting’- Sesudah ‘Angioplasty’ dilakukan sering rerelung dawai logam digunakan untuk menghalang saluran darah yang dilawaskan dari tersumbat kembali dalam masa yang singkat.
- Pembedahan pemintasan saluran darah koronari- bagi kes di mana ‘Angioplasty’ tidak boleh dilakukan akan dilakukan pemintasan saluran darah yang tersumbat.
Tip kesihatan
- Mengamal gaya hidup sihat. Mula dari peringkat remaja dan kekalkan pada peringkat dewasa.
- Melakukan pemeriksaan saringan yang berkala sekurangnya sekali setahun. Pemeriksaan ini termasuk periksa darah untuk kencing manis, kolestrol dan tekanan darah. Jika berisiko atau sudah menjangkau umur 40 tahun lakukan ujian senaman.
- Jika ada tanda-tanda awal , jumpa doktor untuk pemeriksaan.
- Jika perlu makan ubat-ambil dengan yakin.
Credit to: http://www.demc.com.my/demc-media/articles/332-penyakit-jantung-mengekori-lelaki.html
Kolestrol
Kolestrol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicronâ€.
Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron†daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.
Kolestrol penyebab serangan Jantung
orang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosisâ€.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosisâ€, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis†dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
Tips Pemakanan Sihat Untuk menghindari Sakit Jantung
1. Kacang Soya
- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggiÂ
2. Kuaci
- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menamba zat besi sambil mengurangkan kolesterol
3. Buah kering
- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantun
- Â flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima
4. Epal
- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak
5. Ikan Tuna
- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardine
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL
 6. Kacang tanah
- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung
7. Buah Mangga
- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi
8. Kismis
- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menrunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus
9. Jambu batu
- Disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- Dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan
Suri ada saranan suppliment untuk mengekalkan jantung sihat, dengan harga yang mampu milik. Bukan untuk mengaut keuntungan semata tapi niat untuk membantu meningkatkan lagi kesihatan beserta penjagaan pemakanan yang sihat. Set kesihatan Jantung ini sesuai bagi yang inginkan jantung yang sihat dan kuat. memang berbaloi-baloi....

OmegaGuardâ„¢
- Dibentuk dari minyak ikan berdarah dingin
- Mengandung DHA, EPA dan lain-lain asam lemak omega-3
- Melalui 3 tingkat penyulingan molekul di bawah suhu rendah dalam kondisi sangat terkendali untuk mengontrol kualitas
- Membantu mengurangi risiko penyakit jantung
- Membantu bayi mencapai berat dan pertumbuhan terbaik saat dalam kandungan
- Membantu menurunkan tingkat kolesterol dan triglyceride
- Mengurangi resiko penyakit stroke, jantung dan lain-lain penyakit kardiovaskular
- Merendahkan tekanan darah
- Membantu mengurangi berat badan
CoQHealthâ„¢ Plus
CoQHealthâ„¢ Plus mengandungi kesemua proprietary semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.
CoQ10 telah ditunjukkan dapat:
• Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
• Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap
pengoksidaan LDL
• Meningkatkan peredaran darah
• Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di
dalam darah
No comments:
Post a Comment