Saturday, July 19, 2025

Breaking News
>> 7 Tanda Anak Anda Mungkin Tonsillities @ Tonsil  >> 7 Cara Tambah Berat Badan Yang Berjaya  >> Cara Makan Set Kurus Yang Berkesan  >> Bebas Kolestrol Dengan PHYTOCOL-ST Shaklee  >> Masalah Buasir Dan Cara Mengatasinya  >> Migrain dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan    
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Saturday, 8 February 2014

Keguguran Rambut

Rambut-GugurSuri ingin berkongsi info berkaitan masalah keguguran rambut. Siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut tergolong dalam dua kategori iaitu keguguran normal dan tidak normal.

Sekiranya rambut anda gugur dalam kuantiti yang banyak melebihi 50 hingga 100 helai sehari, bermakna anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut antaranya pengaruh hormon, kekurangan vitamin, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan banyak lagi.

Bahan kimia yang berlebihan tidak elok untuk kesihatan rambut

Secara umumnya, hormon endrogen yang terhasil akibat berada di dalam keadaan tertekan boleh menjadi faktor utama kepada masalah ini.

Rambut rosak seperti kering dan kasar juga membuatkan akar rambut tidak bermaya dah mudah gugur. Untuk mengatasinya, anda boleh menggunakan produk syampu yang bersesuaian atau pengambilan supliment. Nak tau punca & petua rambut gugur, jom baca lebih lanjut lagi bersama suri.

Punca-Punca Rambut Gugur Berlebihan

Keguguran rambut adalah sangat berkait dengan masalah kesihatan dan kekurangan nutrisi. Selain itu, ada juga yang disebabkan oleh gaya hidup seseorang seperti pemakanan yang tidak sihat, merokok dan sebagainya. Antara punca utama masalah rambut gugur ialah:

1. Gangguan pada Kelenjar Tiroid

Rambut gugur adalah satu tanda seseorang itu mengalami gangguan pada kelenjar tiroid samada ianya hypotiroid atau hipertirod (tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi). Kelenjar tiroid mengalawal pertumbuhan sel badan. Oleh itu jika terganggu maka akan turut merencat kitaran pertumbuhan rambut yang normal. Biasanya disamping masalah rambut, pesakit tiroid turut mengalami masalah berat badan berlebihan atau terlalu kurus, sensitif dengan cuaca panas atau sejuk, dan mempunyai kadar denyutan jantung yang tidak stabil

2. Hormon Yang Tidak Stabil atau PCOS (Polycystic Ovary Syndrome)

Jika anda mengalami gejala rambut gugur beserta dengan masalah seperti haid tidak teratur, sukar hamil (masalah kesuburan), jerawat yang banyak dan berterusan, obesiti -  anda mungkin mengalami masalah hormon yang tidak stabil atau gejala PCOS.

Ini kerana hormon kelakian (androgen) dihasilkan dalam kadar yang lebih dari sepatutnya dan menyebabkan pertumbuhan bulu yang lebat di muka & badan tetapi semakin menipis di kepala.

Bagi wanita yang menopous, gejala rambut gugur akan berlaku disebabkan perubahan hormon.
3. Kesan Selepas Kehamilan

Ketika kehamilan, kedaan rambut berada di peringkat terbaik kerana aktiviti hormone di peringkat yang optimum. Keguguran rambut bermula setelah melahirkan, kerana hormon wanita secara tiba-tiba berubah dan menyebab ketidakstabilan. Selalunya keguguran ini bermula setelah empat bulan melahirkan anak dan berterusan selama dua bulan.

4. Kesan dari Ubat-Ubatan atau Pil Perancang Kehamilan

Ubatan untuk sesetengah rawatan boleh memberi kesan keguguran rambut terutamanya ubatan yang mengawal tekanan darah, penyakit jantung, artritis atau depresi.

Bagi wanita yang sihat, mempunyai berat yang sesuai, mempunyai kitaran haids yang tetap, makan makanan berkhasiat tetapi menggunakan pil perancang keluarga, boleh menyebabkan hormon dalam badannya menjadi tidak stabil. Akibatnya ia menyebabkan keguguran rambut.

Berlainan dengan wanita yang mempunyai kitaran haids yang tidak teratur, dan beliau memakan pil perancang untuk menstabilkan hormon, pengambilan pil perancang ini akan menyebabkan rambutnya lebat dan kekal sihat.

5. Kekurangan Nutrisi Penting dalam Diet

Diet yang tidak seimbang turut menjadi faktor, terutamanya jika kekurangan zinc atau protein.

Zinc penting untuk pertumbuhan sel yang normal. Kekurangannya akan melemahkan sel & melambatkan penyembuhan luka. Untuk kes rambut gugur, kekurangan zinc akan melemahkan sel di kulit kepala dan meningkatkan keguguran rambut. Disamping itu, rambut juga akan kelihatan kusam dan cepat beruban. Sumber semulajadi zinc dan protein banyak terdapat dari sumber seperti daging, ayam, ikan, makanan laut dan produk tenusu.

Protein turut sama penting untuk pertumbuhan sel yang sihat.

6. Stress Yang Melampau

Stress akan menganggu fungsi tubuh serta hormon seterusnya mengakibatkan rambut gugur

 

Tips Menjaga rambut menjadi kuat dan sihat

1. Makan banyak protein dan zat besi untuk kesihatan rambut
Rambut diperbuat daripada keratin (sejenis protein). Protein dan zat besi yang cukup dalam rancangan diet anda dapat membantu rambut tumbuh dengan lebih sihat, kata Phillips. Peranan zat besi amat penting kerana ia membawa oksigen kepada folikel-folikel dan mewujudkan satu persekitaran yang sihat bagi pertumbuhan rambut, katanya.

Daging merah yang tidak berlemak, daging ayam dan itik serta telur adalah sumber nutrien yang baik. Untuk sarapan pagi dan makan tengah hari, Phillips mencadangkan makanan yang kaya dengan zat besi dan protein. "Lazimnya, folikel rambut lebih rendah dalam nutrien [awal hari] kerana anda tidak makan semalaman,” katanya.

2. Tumpukan perhatian pada pembersihan kulit kepala dan akar rambut
Tidak kira rambut lebat atau nipis, panjang atau pendek, syampu dengan teliti dan fokuskan konsentrasi anda pada kulit kepala dan akar rambut. Mula-mula, letakkan sedikit syampu dan usapkan pada kulit kepala dan akar rambut, kata Louise O’Connor, pereka rambut selebriti dan pemilik OC61 Salon & Spa di bandar New York. Gosok secara lembut dan buihnya akan mengangkat kotoran serta membersihkan rambut tanpa mengeringkannya.

3. Gunakan perapi dari bawah ke atas
Bagi yang belum tahu, hujung rambut anda adalah bahagian yang paling tua dan di situlah kerosakan mudah berlaku, kata O’Connor. Perapi membantu menjaga kesihatan rambut dan mencegah rambut bercabang. Malangnya, kebanyakan wanita hanya sapukan perapi pada mahkota kepala dan bukannya pada hujung rambut padahal bahagian inilah yang paling memerlukan perapi.

Tip teknik lebih baik: Letakkan sedikit perapi pada tapak tangan dan usapkan pada hujung rambut terlebih dahulu. Kemudian, usapkan dari bawah ke atas.

4. Berhati-hati dengan rambut basah
Apabila rambut basah, ia berada dalam keadaan yang paling lemah dan mudah menjadi rosak. Di sini, kami kongsi tip-tip berguna menjaga rambut yang boleh anda cuba:

  • Teknik menyerap lebihan air. Jangan gosokkan rambut dengan tuala secara agresif, sebaliknya, tekankan tuala pada rambut. Gosokkan yang kerap boleh menjadikan lapisan luar rambut menjadi kasar, kering dan lemah, kata Phillips.

  • Jangan memberus rambut secara keterlaluan. Pemberus rambut mudah menarik rambut dengan kasar. Lebih baik gunakan sikat bergigi lebar. Mulakan lebih kurang 2 inci dari hujung rambut sehingga akar rambut. Ini dapat mengelakkan rambut menjadi tersimpul, satu punca utama rambut bercabang.


5. Gunakan perisai haba
Walaupun pengering rambut membuat rambut kelihatan cantik, tetapi ia juga boleh mengakibatkan kerosakan rambut. Tahap suhu haba yang tinggi dari pengering rambut boleh membakar rambut, kata Philips.

Untuk melindungi rambut mengekalkan kesihatannya, gunakanlah krim perapi tanpa bilas sebelum mengeringkan rambut. Cara ini dapat menambahkan tahap kelembapan dan menjadikan rambut bersinar serta berfungsi sebagai satu perisai haba, kata O'Connor.  Tip berguna: letakkan sedikit krim perapi pada tapak tangan dan usapkan pada rambut bermula pada hujungnya.

6. Gayakan stail ekor kuda pada tempat berbeza
Gaya ekor kuda adalah cara yang paling praktikal terutamanya jika anda mengejar masa. Akan tetapi, jika anda mengikat gaya ekor kuda pada tempat sama sepanjang hari, tarikan dari pengikat rambut boleh menyebabkan rambut rosak atau bercabang pada bahagian tersebut.

Tip untuk mengatasinya? Apa kata anda mengubah tempat mengikat rambut, contohnya, cuba ikatan ekor kuda tinggi, sederhana dan rendah untuk mengelakkan kerosakan rambut,

7. Lindungi Rambut dari Sinaran Suria
Sinaran UV bukan sahaja boleh merosakkan kulit bahkan boleh mengeringkan rambut dan menjadikannya lemah dan mudah putus.

Apa yang perlu anda lakukan? Mudah sahaja, elakkan dari sinaran UV. Jika berada di bawah matahari buat masa yang lama, jangan lupa pakaikan topi atau skarf. Oh kalau tak suka pakai topi dan skarf, gunakan krim atau semburan penjagaan rambut dengan pelindung UV, Cari produk yang berlabel ‘UV shield/filter’ kerana ia mengandungi bahan yang  lebih kurang sama dengan  tabir suria dan mampu membantu melindungi rambut dari sinaran UV serta memberi kelembapan pada rambut agar sihat selalu.

Petua mencegah rambut gugur :-

1)Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.

8) Pemakanan yang seimbang Juga memainkan peranan yang penting. Rambut sempurna boleh dimiliki dengan pengambilan makanan berkhasiat seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berprotein tinggi yang lain.

 

"Suri ada cadangan pengambilan supliment yang dapat membantu dalam pertumbuhan kembali rambut supaya anda akan kelihatan segak bergaya & cantik menawan. Anda akan rase lebih yakin degan penampilan anda. Jom jagan tunggu lagi, call suri untuk dapatkan consultasi percuma. Dapatkan set kesihatan rambut mampu milik..memang berbaloi-baloi & murah kalau beli dari suri."


setRambut

ESP : adalah serbuk protin. Kekurangan protin menyebabkan pertumbuhan rambut menjadi perlahan. Pastikan bahawa anda makan cukup protein agar rambut anda tumbuh lebih cepat dan sihat.

Vita-Lea : Elemen penting pada sel tubuh
- Menyediakan asas nutrisi
- Memastikan sel hidup
- Pertumbuhan sel baru
- Membantu proses pembesaran
- Pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon

Zinc: Diet yang kurang zink boleh membawa kepada kelemahan sistem imun yang boleh menyebabkan keguguran rambut. Zink boleh memainkan peranan yang penting dalam modulation paras testosteron pada lelaki normal.Apabila hormon seimbang maka risiko kehilangan rambut boleh dikurangkan. Zink boleh menguatkan folikel rambut anda dan boleh membantu mencegah beberapa jenis keguguran rambut.

 

Namun begitu, jika masalah masih berpanjangan walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda digalakkan berjumpa pakar rambut untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebaik-baiknya cegahlah masalah ini secepat mungkin kerana anda cenderung menjadi botak jika ianya tidak dikawal.

No comments:

Post a Comment

AddThis

Designed By Seo Blogger Templates