Tuesday, July 08, 2025

Breaking News
>> 7 Tanda Anak Anda Mungkin Tonsillities @ Tonsil  >> 7 Cara Tambah Berat Badan Yang Berjaya  >> Cara Makan Set Kurus Yang Berkesan  >> Bebas Kolestrol Dengan PHYTOCOL-ST Shaklee  >> Masalah Buasir Dan Cara Mengatasinya  >> Migrain dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan    
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Tuesday, 18 February 2014

Program Diet Secara Sihat | Mudah kan?

Nak berdiet tapi tak tahu? tak pe jangan susah hati. saya bantu. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk berdiet. Tapi mestilah diet secara sihat, walaupun kesan nya agak lambat tapi yang penting lebih selamat dari diet yang bersifat penyusutan secara mendadak. Ape tak nak makan? takut gemuk? ini semua mitos yang tidak boleh di guna pakai lagi di zaman ini. Ok tak nak celolteh panjang lebar..ni nak kongsi cara induksi diet secara sihat...

The word diet spelt out in vegetables on a wooden board.

Diet atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr Atkins bagi membantu individu yang ingin menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan. Dengan menghadkan pemgambilan karbohidrat seperti nasi, mi, kentang, dan gula akan memberi kesan kepada penyusutan berat badan dalam jangka masa panjang. Diet ini tanpa perlu berlapar cuma anda perlu memilih makanan yang bersumberkan protein tanpa karbohidrat.

Terdapat empat peringkat yang perlu anda ikuti asalkan anda disiplin dan konsisten dalam melaksanakan diet ini.

Peringkat 1-(induksi)


(2 minggu atau lebih bergantung pada berat badan anda sekarang)

Induksi  adalah peringkat terpenting kerana ia adalah peringkat permulaan perubahan corak pemakanan anda berbanding sebelum ini. Corak pemakanan anda perlu diubah dan sebaik-baiknya dilakukan selama dua minggu atau sehingga enam bulan bergantung kepada tahap kesihatan dan berat badan anda.

Semasa tempoh induksi anda haruslah mengelak dari mengambil makanan berikut: 

No-fried-Junk-Food


  • Makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, kuew tiau dan sebagainya.



  • Sebarang jenis roti tidak kiralah roti biasa, bun, roti jala, rati canai dan segala jenis roti



  • Semua jenis gula - secara langsung atau tidak langsung



  • Buah-buahan selama 2 minggu - kandungan gulanya yang tinggi jika dimakan berlebihan dan menyebabkan anda menjadi semakin lapar. Selepas 2 minggu baru boleh makan berpada-pada



  • Minuman bergula,bergas, jus atau berkafein



  • Semua jenis snek dan makanan ringan



  • Semua jenis kacang selama 2 minggu



  • Semua jenis makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan atau yang sejenis dengannya



  • Makanan bertepung seperti kek atau biskut dan kuih muih



 

Makanan yang dibolehkan semasa proses induksi:

protein diet

 


  • Ayam, ikan dan daging - panggang, stim atau bakar



  • Sup dan sate (digoreng tanpa tepung)



  • Udang - bakar, tom yam dan digoreng dengan cili boh sahaja



  • Sayuran hijau (elakkan lobak merah dan kentang)



  • Air kosong dan air mineral - minum lebih tiga liter sehari



  • Burger - Buang roti dan hanya makan dagingnya bersama sayur dan mayonise



  • Pizza- Makan topping sahaja



  • Makan supplement vitamin seperti multivitamin untuk bekalan zat dan serbuk protein yang boleh memberi tenaga kepada anda.



 

JANGAN SESEKALI PONTENG MAKAN. Sarapan, makan tengahari dan makan malam seperti biasa mengikut diet sewaktu induksi  ini. Makan malam sebelum jam 7 petang. Pastikan anda makan tiga kali sehari untuk saiz hidangan biasa tapi sekiranya anda jenis yang suka mengunyah anda bolehlah kecilkan saiz hidangan anda menjadi empat ke lima kali sehari. JANGAN berlapar untuk menurunkan berat badan anda kerana ianya hanya menyiksa diri anda. Anda perlulah bijak dalam pengambilan makanan seimbang.

 

Peringkat 2


Ongoing weight loss (Penyusutan berat badan)

scales-weight-486

Selepas mengamalkan diet artkins akan berlaku penyusutan berat badan. Adalah penting penyusutan tidak berlaku secara mendadak kerana dikhuatiri berat otot yang hilang dan bukannya berat lemak seperti yang anda kehendaki. Penyusustan mendadak juga boleh menyebabkan tubuh anda menggeleber, adalah penting untuk mengambil makanan bersumberkan protein untuk mengekalkan otot dan metabolisma badan anda secara teratur.

Peringkat 3-Pre-maintenanca & Peringkat 4-Lifetime maintenance


 

images slim

Setelah program penyusutan berat badan anda berjaya, anda bolehlah makan secara teratur dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Jaga kualiti dan kuantiti pemakanan anda agar berat badan anda tidak kembali seperti sebelumnya. Proses ini penting dalam peringkat pre-maintenance dan lifetime maintenance.

 

Sumber : Majalah Dara

No comments:

Post a Comment

AddThis

Designed By Seo Blogger Templates