Tuesday, July 15, 2025

Breaking News
>> 7 Tanda Anak Anda Mungkin Tonsillities @ Tonsil  >> 7 Cara Tambah Berat Badan Yang Berjaya  >> Cara Makan Set Kurus Yang Berkesan  >> Bebas Kolestrol Dengan PHYTOCOL-ST Shaklee  >> Masalah Buasir Dan Cara Mengatasinya  >> Migrain dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan    
  • Kenali penyakit Gout
    Feb 08, 2014No Comment

    Penyakit Gout salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan ...

  • Susu Ibu
    Feb 08, 2014No Comment

    Susu ibu mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan susu formula. Tahukah anda bahawa susu formula, kekurangan banyak nutrisi berbanding dengan susu...

  • 10 Fakta Menarik Kesihatan Seks Lelaki
    Feb 08, 2014No Comment

    Hari ni suri nak kongsi info khususnya LELAKI, tak perlu malu dan segan dalam membincangkan isu kesihatan yang melibatkan seksual. Lebih befikiran te...

  • Untukmu Wanita
    Feb 08, 2014No Comment

    Hai Sister , SUPER Women, ION Women, SUPER Mom, Super Nekma,,,ooopss¦..walau apa pon gelaran ia tetap sama WANITA. Sentiasa ingin kelihatan sihat &...

  • Keguguran Rambut
    Feb 08, 2014No Comment

    Suri ingin berkongsi info berkaitan masalah keguguran rambut. Siapa-siapa sahaja, tidak kira wanita mahupun lelaki. Menurut kajian, keguguran rambut t...

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Saturday, 8 February 2014

10 Fakta Menarik Kesihatan Seks Lelaki

Hari ni suri nak kongsi info khususnya LELAKI, tak perlu malu dan segan dalam membincangkan isu kesihatan yang melibatkan seksual. Lebih befikiran terbuka untuk mendapat manfaat bersama. Mula-mula suri pon macam malu jek,,,macam segan jek…tp demi ingin berkongsi kebaikan , suri tolak semua perspeksi yang negatif. Banyak yang kita perlu amibil tahu, walaupun kita bukan lelaki, sebagai seorang wanita, isteri & ibu pengetahuan itu penting. Jom baca lebih lanjut lagi

male healthy shopping

Makanan Untuk Kesihatan Seksual Lelaki


Pernahkah anda terfikir sekiranya lelaki mengatakan tidak kepada seks, mungkin ini disebabkan kesihatan seksualnya tidak stabil dan corak pemakanannya sangat mempengaruhi hal ini. Cuba anda periksa senarai di bawah ini, adakah suami anda mengambilnya?

Buah-buahan dan Sayuran


Menurut Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Center, Leslie Bonci, buah-buahan dan sayuran mempunyai nutrien yang menjaga arteri daripada tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.

Tomato


Seorang saintis pemakanan, Lieberman Shari, menyatakan bahawa tomato yang kaya dengan Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan seksual seseorang lelaki.

Kacang


Asid amino arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang terlibat dalam menjana ereksi.

Labu dan Kuaci


Kedua-dua ini bagus untuk meningkatkan tahap zink yang merupakan mineral penting untuk meningkatkan kuantiti sperma dan tahap testosteron.

Tiram


Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai ‘makanan anak jantan’. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.

Pisang


Pisang yang kaya dengan Vitamin B bukan sahaja dapat menambahkan tenaga lelaki malahan mampu menambahkan hormon seks lelaki kerana ia juga kaya dengan kalium. Bukan itu sahaja, pisang dipercayai mampu menaikkan nafsu lelaki kerana enzim bromelain yang terdapat di dalamnya.

Tongkat Ali


Menurut penyelidikan oleh FRIM, terbukti tongkat ali mampu meningkatkan keinginan seks dan menambah tenaga kelakian kerana peningkatan hormon testosteron kepada lelaki yang mengambilnya.

Credit to: mensfitness.com

 

10 FAKTA MENARIK MANFAAT KESIHATAN SEKS


Anda mungkin tidak pernah membayangkan kenikmatan seks yang anda lakukan sebenarnya memberi manfaat terhadap kesihatan anda. Mari kita lihat 10 fakta menarik tentang kesihatan yang bermanfaat untuk tubuh badan anda ketika anda melakukan seks suami-isteri.

1. Mengurangkan Tekanan Darah dan Mengurangkan Stress


Sekumpulan penyelidik di Scotland melakukan kajian terhadap 24 wanita dan 22 lelaki dimana hubungan seks mereka direkodkan dan meletakkan mereka dalam keadaan tertekan seperti bising di khalayak ramai, membuat kira-kira matematik dan seterusnya memeriksa tekanan darah mereka.

Hasil kajian mendapati mereka menghadapi tindak balas yang baik terhadap tekanan perasaan ketika melakukan hubungan seks tersebut. Walaupun berada di persekitaran yang tertekan yang disebutkan sebentar tadi.

Selain daripada itu, seks juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi bagi pasangan yang tinggal bersama dan kerap melakukan hubungan seks. Bagi wanita yang sentiasa dipeluk oleh pasangannya pula cenderung mempunyai tekanan darah yang lebih baik. Bagi wanita-wanita stress diluar sana, pastikan dapatkan layanan pelukan dari pasangan anda! Moga berkurangan stress itu.

…Bagi wanita-wanita stress diluar sana, pastikan dapatkan layanan pelukan dari pasangan anda! Moga berkurangan stress itu…



2. Meningkatkan Kekebalan Badan


Hasil kajian yang dilakukan para penyelidik di Wilkes Universiti mendapati pasangan yang mengadakan hubungan seks 1x atau 2x seminggu sekali mempunyai tahap immunoglobin A atau lgA yang lebih tinggi dimana ia adalah antibodi yang boleh membantu anda mengelakkan dari sebarang jangkitan penyakit.

3. Meningkatkan Kesihatan Jantung


Bagi lelaki yang mengadakan hubungan seks dua kali atau lebih seminggu  berkemungkinan dapat mengelakkan dari serangan jantung berbanding mereka yang tidak atau kurang melakukan seks dalam sebulan. Bagi lelaki yang berumur pula, kajian mendapati tiada kaitan antara kekerapan mengadakan dan bagaimana hubungan seks dilakukan dengan penyakit strok.

… 30 minit melakukan seks membakar 85 kalori. Kalau 90x setahun dah boleh bantu anta kurangkan 1kg berat badan …



4. Pembakar Kalori


Pakar sexologist, Patti Brittom mengatakan seks adalah cara hebat untuk bersenam dimana 30 minit melakukan seks membakar 85 kalori. Jika dilihat, ia nampak sedikit, akan tetapi jika di darab dengan 90 kali setengah jam satu sessi, ianya mencukupi untuk membakar 1kg atau 7700 kalori dalam satu tempoh masa.

5. Menguatkan Otot Pelvik


Bagi kaum wanita pula, melakukan senaman otot pelvik juga dikenali sebagai kegel akan memberikan kepuasan sepanjang kehidupan selain dapat mengurangkan masalah lemah kawalan kencing.

 

Pancutan Zakar Kurangkan Risiko Kanser Prostat


Pancutan yang kerap, terutamanya lelaki lingkungan 20-an boleh mengurangkan risiko mendapat kanser prostat. Terdapat beberapa kajian yang dilakukan para penyelidik. Sebagai contoh, Persatuan Perubatan Amerika mendapati bahawa lelaki yang mempunyai 21 atau lebih pancutan sebulan, adalah kurang berkemungkinan untuk mendapat kanser prostat berbanding mereka yang mempunyai 4-7 pancutan sebulan.

… lelaki capai orgasm 21x sebulan, kurang berkemungkinan untuk mendapat kanser prostat berbanding mereka yang mencapai klimaks 4-7x sebulan…


Kesihatan Seksual Merapatkan Hubungan Suami Isteri Lagi

7. Memperolehi Tidur yang Mencukupi


Semasa orgasm, Oxytocin akan dikeluarkan. Penyelidikan menunjukkan bahawa Oxytocin (hormon cinta) menggalakkan seseorang untuk tidur. Jika berfikir sejenak, mengapa pasangan anda boleh aktif semasa melakukan hubungan seks dan berdengkur seterusnya sesudah itu?

8. Tingkatkan Harga Diri


Kajian dari Unversiti Texas menunjukkan meningkatkan harga diri merupakan 237 sebab seseorang mengadakan hubungan seks. Jikan anda sudah berasa baik tentang diri anda, kehidupan seks yang hebat boleh membantu anda berasa lebih baik.

"Pastikan amalan seks hanya diamalkan secara halal antara pasangan suami-isteri."



Meringankan Beban Kesakitan


Ya, ianya adalah pengubatan duka bagi sesetengah orang yang mempunyai masalah atau ketika alami kesakitan. Ia adalah disebabkan Oxytocn iaitu hormon cinta yang terdapat ketika seks. Ia akan meningkatkan ketahanan badan yang dpanggil endorphin. Jadi, jika seseorang mengalami sakit kepala, arthritis, atau sindrom PMS, ia boleh mengurangkan kesakitan selepas melakukan seks.

…seks tingkatkan keluaran feel-good hormon endorphin untuk ringankan stres dan kesakitan …



10. Memperolehi Keintiman Bersama Pasangan


Terdapat satu lagi perkara berkenaan hormon cinta yang dilepaskan ketika melakaukan seks dan orgasm iaitu membantu menguatkan ikatan cinta dan membina kepercayaan bersama pasangan. Tahap oxytocin ini juga dikaitkan dengan perasaan murah hati terhadap satu sama lain.

Kenikmatan dan kesejahteraan keluarga boleh dirasai bersama jika melakukan aktiviti seks dengan betul. Bukan hanya dilakukan mengikut nafsu buas atau sebagainya, ia nya perlu dilakukan dengan ikhlas dan menghargai pasangan anda. Melakukan seks bukan sahaja memberi kebahagian dalam kehidupan malah memberikan kesihatan yang terjamin untuk masa hadapan.

Credit to:

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/10-fakta-menarik-manfaat-kesihatan-seks/

 

Meningkatkan Tahap Kesihatan dan Seksual Testosteron


Zink digelar "the ultimate sex mineral" oleh majalah Men's Health. Mari kita lihat kenapa?? Zink mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi, nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang. Zink adalah penting untuk pengeluaran sperma, dan pada kebiasaannya, ramai yang menyalahkan bekalan zink rendah sebagai punca jumlah air mani menurun dan paras testosteron. Malahan, setiap ejakulasi akan menggunakan sehingga 5 miligram zink, atau hampir separuh daripada elaun harian manusia. Jadi jika anda sedang bersiap sedia untuk memulakan sebuah keluarga, sedikit zink tambahan boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan anda.

Para saintis di Wayne State University Sekolah Perubatan di Michigan membuat kajian kesan zink terhadap tahap testosteron untuk lelaki berusia antara 20 dan 80 tahun. Kajian ini mendedahkan bahawa lelaki muda yang menghadkan pengambilan zink pemakanan selama 20 minggu, mengalami penurunan dalam pengeluaran testosteron, manakala lelaki tua yang mempunyai masalah kekurangan zink, mengambil makanan tambahan zink untuk enam bulan mengalami peningkatan dalam pengeluaran testosteron.

Berita baik bahawa adalah mudah untuk menjaga bekalan zink di badan anda. Empat auns (113 gram) daging lembu tanpa lemak memberikan setengah saranan seharian; tiram adalah satu lagi sumber yang baik. Zink juga banyak terdapat dalam ayam belanda, bijirin dan kacang.

 

Pergerakan Sperma


Jika menjadi bapa adalah dalam rancangan masa depan anda, jangan ingat dengan hanya mempunyai nafsu seks yang sihat dan sperma yang sihat dalam jumlah yang mencukupi adalah memadai. "Pejuang-pejuang kecil" itu perlu bergerak.

Motiliti sperma merujuk kepada kekuatan dan ketahanan sel sperma untuk berenang ke arah telur untuk menyuburkan ia. Dan motiliti sperma yang rendah adalah salah satu punca utama ketidaksuburan di kalangan lelaki.

Motiliti sperma berbeza daripada jumlah sperma. Daripada jumlah keseluruhan, motiliti sperma mencerminkan peratusan sperma yang bergerak ke hadapan. Jika anda mempunyai kiraan motiliti sperma di bawah 50 peratus, kekurangan vitamin dan pemakanan - termasuk tahap keperluan zink yang tidak mencukupi - boleh menjadi sebahagian daripada punca masalah. Sekali lagi, masukkan makanan yang kaya dengan zink, seperti makanan laut, hati dan lemak potongan daging merah, serta kacang dan bijirin, ke dalam diet anda.

 

Mengurangkan Risiko Kanser Prostat


Zink memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan meningkatkan kesihatan prostat. Terbaru, ahli-ahli sains di Universiti Johns Hopkins dan Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian (cabang penyelidikan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat) mendapati bahawa tisu prostat kanser mengandungi zink yang ketara kurang daripada tisu organ yang sihat. Walaupun zink terdapat dalam setiap organ, tisu dan sel dalam tubuh manusia, bagi lelaki, prostat mempunyai zink lebih banyak daripada mana-mana tisu lain kecuali tulang.

Apabila lelaki bertambah lanjut usia, mereka cenderung untuk kurang bersenam dan berlaku perubahan pada diet. Ini menyebabkan mereka kekurangan elaun harian zink yang disyorkan. Lelaki yang tidak mempunyai tahap-tahap zink yang mencukupi dalam diet mereka mempunyai kecendurangan yang lebih tinggi pembesaran prostat (benign prostatic hyperplasia atau BPH) dan prostatis (radang prostat). Mereka juga mempunyai kadar kanser prostat yang lebih tinggi.

Sekarang anda dah tahu sedikit tambahan zink di dalam diet boleh membantu penurunan peluang anda untuk mendapat kanser prostat, jadi sila mulakan diet zink anda hari ini.

Nilai keperluan harian (% DV) bagi zink adalah 15mg. Untuk mendapatkan keperluan zink yang mencukupi, anda perlu mengambil 100gram daging lembu atau daging kambing ATAU 100gram gandum ATAU 150gram labu ATAU 300gram cashew nuts. Adakah pengambilan makanan seharian anda mampu menampung keperluan harian zink anda?

 

Di sini suri ingin kongsi produk / set yang dapat membantu jejaka-jejaka, lelaki, en.suami dalam meningkatkan lagi kesihatan dalaman “LELAKI” khususnya. Memang yang terbaik untuk anda. Dapatkan dengan harga terbaik dari suri.


SetLelaki

OmegaGuard


kajian menunjukkan pengambilan asid lemak omega3 dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular di samping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal selain memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi.

Vita-E Complex


Vitamin E berfungsi dalam memelihara kesihatan jantung, otot dan prostat selain meningkatkan fungsi paru-paru, kolon, dan sistem imun tubuh

Zinc Complex


Zink merupakan mineral yang penting bagi tubuh. Ia merangsang tindakan enzim (penting dalam tindak balas kimia tubuh) selain memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.

 

Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com




 

No comments:

Post a Comment

AddThis

Designed By Seo Blogger Templates