Salam semua, hari ini Lovesihat VitaShop nak share tentang penyakit Gastrik yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Kemungkinan penyakit ini dapat semasa kecil ataupun faktor tidak jaga waktu makan dengan sebaiknya. Jom kita kenali lebih rapat lagi ape itu gastrik dan cara penjagaan nya.
Apa itu Gastrik
Istilah perubatannya, gastritis, sejenis penyakit keradangan pada dinding /pengalas/ mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Punca Gastrik
Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang.
Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.
Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut.
Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.
Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan.
Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.
Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.
Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.
Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.
Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.

Gejala Gastrik
- Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.
- Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.
- Mual.
- Muntah.
- Hilang selera dan terasa sebu.
- Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit.
- Hilang berat badan.
- Pedih ulu hati.
Bahaya Gastrik
Jika sakit ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh bertukar menjadu Ulser
Cara Mengawal/Menangani Gastrik
Langkah-langkah mengawal gejala Gastrik :-
- Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.
- Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
- Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
- Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
- Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.
- Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
- Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.
- Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.
- Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
- Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
- Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit
Bagaimana Shaklee boleh membantu?

Ostematrix
dan menyebabkan pedih ulu hati.
Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.
B complex
ESP
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
TESTIMONI PESAKIT GASTRIK


No comments:
Post a Comment