
Apakah itu Hipertensi ( Tekanan Darah Tinggi) ?
Kita mengetahui bahawa jantung kita berfungsi sebagai alat pengepam dimana ia akan mengucup dan berehat dimana aktiviti ini akan menghasilkan tekanan yang akan membawa darah keseluruh anggota tubuh badan. Namun begitu, tekanan bagi setiap individu itu berbeza dan bacaan ia juga berbeza.
Apakah faktor risiko tekanan darah tinggi ?
- cara hidup yang tidak aktif
- berumur 35 tahun keatas
- merokok
- kegemukan
- paras kolestrol yang tinggi
- sejarah keluarga
- mengambil alkhohol yang berlebihan
- pengambilan garam yang tinggi

Tanda dan gejala.
Sebenarnya pengidap tekanan darah tinggi tidak menunjukkan tanda dan gejala yang ketara. Anda mungkin tidak mengetahui bahawa anda mengidap penyakit tekanan darah tinggi. Kebiasaannya tanda yang ditunjukkan adalah tidak spesifik seperti:
- sakit kepala
- pening kepala
Kebiasaan akan berlaku pada waktu pagi. Pesakit akan merasa sakit dibahagian belakang kepala. Namun tahap kesakitan seseorang itu bergantung kepada keterukan tekanan darah tinggi. Bagi mengesahkan tekanan darah tinggi, anda diminta untuk membuat pemeriksaan di klinik yang berhampiran. Setelah diperiksa, doktor akan menyarankan berapa kerap anda perlu membuat pemeriksaan tekanan darah.
AMARAN. Jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah TERLAMBAT.
Komplikasi akibat tekanan darah tinggi.
- OTAK. Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan anda diserang STROKE/ANGIN AHMAR . Stroke ringan atau sementara.
- PENYAKIT JANTUNG.
- KOMPLIKASI MATA. Pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif mata
- KOMPLIKASI BUAH PINGGANG. Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi.
Apa yang perlu anda lakukan sekiranya anda telah disahkan mengidap tekanan darah tinggi?
- ubah cara amalan kehidupan anda
- ubah amalan pemakanan anda. Amalkan pemakanan sihat.
- kurangkan pengambilan garam dan kolestrol.
- mengamalkan senaman secara berkala.
- kurangkan berat badan sekiranya berlebihan
- berhenti merokok.
- tangani stres secara berkesan
- patuhi pengambilan ubat dan rawatan.
Cadangan suplemen untuk pesakit tekanan darah tinggi.


Kenapa Shaklee Omega Guard?
Shaklee Omega Guard membantu :
- melancarkan perjalanan darah
- meghalang pembekuan darah
Kenapa Shaklee Garlic ?
Shaklee Garlic membantu :
- merendahkan pembekuan darah.
Untuk mendapatkan kedua-dua produk diatas, sila hubungi saya segera.
PENGEDAR SHAKLEE SG BULOH
iR Surya Baizura (1086935)
FB : surya BaizuraFB Page : Lovesihat VitaShopHp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)email : suryabaizura@gmail.com
No comments:
Post a Comment