Monday, July 14, 2025

Breaking News
>> 7 Tanda Anak Anda Mungkin Tonsillities @ Tonsil  >> 7 Cara Tambah Berat Badan Yang Berjaya  >> Cara Makan Set Kurus Yang Berkesan  >> Bebas Kolestrol Dengan PHYTOCOL-ST Shaklee  >> Masalah Buasir Dan Cara Mengatasinya  >> Migrain dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan    
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Saturday, 17 May 2014

Batu Karang Yang Tak Mengenal Mangsa

Salam semua, hari ni LV nk share tentang penyakit batu karang yang semakin popular di kalangan kita. Bila kita belum ada simptom2 ni, jom kita mengamalkan cara hidup & pemakanan yang sihat bagi kita terpilih. Tergerak hati nak share sebab banyak LV tengok kwn2 yang menderita kesakitan. tapi  bagi yang telah mengidapinya, ade juga usaha-usaha untuk melegakan kesakitan. Ok jom baca lebih lanjut lagi....



Risiko Terjadinya Batu Karang


 

punca batu k


  1. Kurang air : Jika tidak minum air yang cukup terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Jadi individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.




  2. Sejarah keluarga atau sendiri : Masalah batu karang juga disebabkan faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.




  3. Umur : Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.




  4. Jantina : Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.




  5. Penyakit tertentu : Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria iaitu masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang. Individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.




  6. Kesan sampingan ubat : Sesetengah ubat seperti ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.




  7. Pemakanan : Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.




  8. Kurang bergerak : Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.




 

Ada Empat Jenis Batu Karang


 

kidney_stone_s4


  1. Batu kalsium : Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.




  2. Batu struvite : Berlaku lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki. Biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik daripada bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.




  3. Batu asid urik : Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.




  4. Batu sistein : Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan asid amino yang berlebihan.




 

Batu Karang Didalam Ginjal (Buah pinggang)


Terjadi akibat pertumbuhan kristal halus daripada beberapa jenis kimia seperti kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine serta magnesiam pospat ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf.


Kebanyakan batu tumbuh dan membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah lalu masuk ke dalam saluran kencing dan menjadi bertambah besar. Masalah akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar hingga mengakibatkan gangguan kepada aliran air kencing.


 

 

Batu Karang Dalam Hempedu


Hati menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu hingga diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil.


Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.


Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) yang akan mula memecahkan lemak dalam makanan.


Tetapi, jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ini akan membentuk partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.


 

 

Langkah Mengatasi Masalah Batu Karang


 


  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.




  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.




  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.




  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.




  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.




  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.





 

 Tanda-tanda anda menghidapi Penyakit Batu Karang




  • Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.






  • Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.






  • Air kencing berdarah.






  • Air kencing keruh dan berbau busuk.






  • Mual dan muntah.






  • Sentiasa terasa hendak kencing.






  • Demam dan menggigil (jika ada jangkitan)




 



 Set Shaklee yang dicadangkan:-


set batu karang

B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang



Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid



OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang



Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi



Lecithin - membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang



ESP - sebagai pegganti protein haiwan dan bebas kolestrol


 

 



Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com



No comments:

Post a Comment

AddThis

Designed By Seo Blogger Templates