Atasi Senggugut (Period Pain)
Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu, tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.
Amalkan pemgambilan vitamin C dos tinggi / buah-buahan yg bervitamin C seperti buah limau. Untuk dapatkan nilai vitamin C yg secukupnya, kita perlu makan 7 biji buah limau.
Amalkan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi vitamin B6 dan vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut.
Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.
Kurangkan makanan yg bertepung, kafein dan bercoklat.
Makanlah makanan yg berserat tinggi.
Bagi individu yang berhadapan dgn masalah anemia (kurang darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yg tinggi khasiat zat besinya.
3 Supplement yang dicadangkan :

B Complex
Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
GLA Complex
- Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
- Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
- Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.
No comments:
Post a Comment