Breaking News

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Showing posts with label Susteined Release Vita-C 500mg. Show all posts
Showing posts with label Susteined Release Vita-C 500mg. Show all posts

Saturday, 17 May 2014

Batu Karang Yang Tak Mengenal Mangsa

Salam semua, hari ni LV nk share tentang penyakit batu karang yang semakin popular di kalangan kita. Bila kita belum ada simptom2 ni, jom kita mengamalkan cara hidup & pemakanan yang sihat bagi kita terpilih. Tergerak hati nak share sebab banyak LV tengok kwn2 yang menderita kesakitan. tapi  bagi yang telah mengidapinya, ade juga usaha-usaha untuk melegakan kesakitan. Ok jom baca lebih lanjut lagi....



Risiko Terjadinya Batu Karang


 

punca batu k


  1. Kurang air : Jika tidak minum air yang cukup terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Jadi individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.




  2. Sejarah keluarga atau sendiri : Masalah batu karang juga disebabkan faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.




  3. Umur : Kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.




  4. Jantina : Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.




  5. Penyakit tertentu : Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria iaitu masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang. Individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.




  6. Kesan sampingan ubat : Sesetengah ubat seperti ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.




  7. Pemakanan : Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meningkatkan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.




  8. Kurang bergerak : Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.




 

Ada Empat Jenis Batu Karang


 

kidney_stone_s4


  1. Batu kalsium : Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.




  2. Batu struvite : Berlaku lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki. Biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik daripada bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.




  3. Batu asid urik : Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.




  4. Batu sistein : Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan asid amino yang berlebihan.




 

Batu Karang Didalam Ginjal (Buah pinggang)


Terjadi akibat pertumbuhan kristal halus daripada beberapa jenis kimia seperti kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine serta magnesiam pospat ammonia. Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf.


Kebanyakan batu tumbuh dan membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah lalu masuk ke dalam saluran kencing dan menjadi bertambah besar. Masalah akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar hingga mengakibatkan gangguan kepada aliran air kencing.


 

 

Batu Karang Dalam Hempedu


Hati menghasilkan hempedu iaitu sejenis cecair berwarna coklat kehijauan yang mengandungi garam hempedu, cecair lemak, kolesterol dan bahan-bahan kimia lain. Cecair pekat ini disimpan di dalam pundi hempedu hingga diperlukan untuk mencerna lemak di dalam usus kecil.


Apabila makan, pundi hempedu akan mengecut dan membebaskan hempedu melalui duktus sistik dan memasuki duktus hempedu biasa.


Kemudian, duktus hempedu ini akan membawa hempedu ke bahagian atas usus kecil (duodenum) yang akan mula memecahkan lemak dalam makanan.


Tetapi, jika hempedu tidak mempunyai bahan kimia yang seimbang, ini akan membentuk partikel keras dan seterusnya menjadi batu karang. Saiz batu karang hempedu sekecil sebutir pasir atau sebesar bola golf yang licin serta bulat atau tidak tentu bentuknya dengan permukaan yang kasar. Jika seorang wanita yang berusia dan mempunyai tubuh yang agak berisi, risiko untuk menghidapi penyakit batu karang hempedu ini agak tinggi.


 

 

Langkah Mengatasi Masalah Batu Karang


 


  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.




  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.




  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.




  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.




  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.




  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.





 

 Tanda-tanda anda menghidapi Penyakit Batu Karang




  • Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.






  • Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.






  • Air kencing berdarah.






  • Air kencing keruh dan berbau busuk.






  • Mual dan muntah.






  • Sentiasa terasa hendak kencing.






  • Demam dan menggigil (jika ada jangkitan)




 



 Set Shaklee yang dicadangkan:-


set batu karang

B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang



Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid



OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang



Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi



Lecithin - membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang



ESP - sebagai pegganti protein haiwan dan bebas kolestrol


 

 



Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com



Read more ...

Thursday, 1 May 2014

Luka Bersalin Ceaser Cepat Kering dengan Set Berpantang Shaklee

gambar ceaser

Hari ni Lovesihat VitaShop nak share pada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak secara Ceaser. Memang saya sendiri pun fobia bila dengar Ceaser. Tapi tidak semua ibu-ibu yang dapat melahirkan bayi secara Normal. Ada yang memang merancang untuk bersaln secara ceaser untuk mengelakkan rasa sakit bersalin. Walau ape sebab pun,penjagaan ceaser amatlah penting untuk memastikan luka cepat kering & tidak di jangkii kuman.

 

 

Bagaimana Zinc membantu kering kan luka dengan pantas?

Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.

Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Jika jamu bukan pilihan kita, mungkin Zinc dapat membantu bagi mempercepatkan proses mengeringkan luka dalaman serta luaran, tanpa bau rempah ratus atau pun akar kayu yang menjadi penghalang untuk mencari alternative untuk mengeringkan luka. Gabungan2 vitamin lain pun memberi impak yang maksimum untuk mengekalkan kesihatan ibu-ibu yang menjalani proses berpatang.

 

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean :-



  1. Demam berterusan.

  2. Sakit pada tempat luka

  3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj

  4. Keluar nanah dari tempat luka

  5. Tanda kemerahan pada sekitar luka

  6. Keluar air jernih dari tempat luka

  7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak

  8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka



Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.



 

Zink & Vitamin C :  Luka bersalin cepat kering dan badan lebih bertenaga.

Essential Nutrition - Zinc Complex

Essential Nutrition - Vita-C 500mg

ESP dan Alfalfa: Membantu membanyakkan susu badan dan badan tidak lesu. Organ dalaman wanita juga berfungsi dengan lebih baik, boleh bantu detoks usus dari kotoran supaya nutrien dapat diserap dengan lebih berkesan.

ESP - SOy Protein Isolate Powder Essential Nutrition - Alfafa Complex

 

TESTIMONI




set-pantang-+-ESP-2

 

 

logo
Pengedar Shaklee Sungai Buloh

Nama : iR Surya Baizura
SID : 1086935
No HP : 012 – 6200176 /019 4705320
Email : surya.baizura@gmail.com
FB : lovesihat vitashop
COD : Sungai Buloh, Damansara Damai, Kota Damansara, Bukit Rahman Putra.

 
Read more ...

Monday, 10 February 2014

Menangani Masalah Mabuk - Ketika hamil

Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat dirumah.


th

 

Apa yang menyebabkan mabuk semasa kehamilan?


Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui.


  • Perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan.




  • mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.




Wanita yang hamil kembar dua atau tiga biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, begitu juga dengan wanita yang mengalami ‘kehamilan anggur (molar pregnancy)’ iaitu sejenis kehamilan yang tidak normal. Adalah dianjurkan wanita yang mengalami ‘hyperemesis gravidarum’ gelaran yang diberi kepada wanita yang mengalami mabuk hamil yang sangat teruk, menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan tiada kehamilan kembar ataupun kehamilan anggur. Punca lain yang boleh menyebabkan mabuk hamil yang teruk adalah jangkitan saluran kencing, radang usus dan keracunan makanan. Wanita dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mereka mengalami muntah yang teruk dan tidak berupaya untuk mengambil makanan atau minuman yang mencukupi.
Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.

 

Kesan mabuk hamil ke atas kandungan


Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh menjadi dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis atau ‘metabolic acidosis’ dan ini mungkin boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.

 

Mengalami mabuk hamil- Kenapa Saya?

Majoriti wanita akan mengalami mabuk hamil semasa awal kandungan dan hanya sebahagian kecil yang bernasib baik dan tidak mengalami masalah ini. Gejala ini mungkin teruk dikalangan sesetengah wanita. Antara faktor yang diketahui boleh mendedahkan seseorang kepada mabuk hamil yang teruk termasuk:

  • Mempunyai kandungan kembar atau lebih

  • Mempunyai sejarah mabuk hamil pada kandungan lalu

  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami mabuk hamil


 

 

Pencetus mabuk semasa hamil

Ramai wanita menyedari bahawa keadaan tertentu, makanan atau bau boleh menyebabkan mereka mabuk. Antara pencetus yang biasa adalah:

  • Bauan atau wangian seperti minyak wangi, kopi, asap rokok

  • Bauan semasa memasak atau menggoreng

  • Berasa sangat letih

  • Perasaan gelisah atau risau


Tip untuk mengurangkan mabuk


 hamil


Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:

  • Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari adalah nasihat yang biasa diberi untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.

  • Makan semasa bangun tidur biasanya membantu contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.

  • Terus makan sesuatu makanan apabila teringinkannya

  • Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng

  • Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya

  • Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan

  • Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah

  • Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.


  • Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.


     


Vitamin tambahan


Mengambil multivitamin yang mengandungi piridoksin (vitamin B-6) semasa hamil boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah yang teruk. Dos yang dicadangkan adalah 25-50 mg setiap lapan jam. Jika anda mendapati vitamin tambahan yang dimakan seperti hematinik, menambahkan rasa loya, anda boleh memakannya pada waktu malam sebelum tidur. Jika ianya tidak membantu, berbincanglah dengan doktor untuk menukar bentuk vitamin. Vitamin dalam bentuk gel biasanya kurang memberi kesan loya.

 

Siapakah yang boleh membantu saya berkenaan mabuk hamil?

Mempunyai suami dan ahli keluarga yang memahami keadaan ini akan banyak membantu.Walau bagaimanapun, sekiranya gejala ini berkekalan dan susah untuk ditangani, anda harus mendapatkan nasihat dan kaunseling dari klinik yang berdekatan. Anda juga mungkin memerlukan ubat untuk membantu mengurangkan rasa loya dan muntah. Kadang-kadang doktor anda mungkin melakukan ujian darah dan air kencing untuk menilai tahap kesihatan anda


B


ilakah saya perlu mendapatkan rawatan?


Anda perlu mendapatkan rawatan jika:

  • Anda tidak berupaya untuk makan dan minum melebihi 24 jam

  • Jika muntah anda berlaku bersama

    • Demam

    • Cirit birit

    • Sakit perut

    • Sakit kepala




(sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan muntah perlu diselidiki)

 

Anda juga boleh mendapatkn set ibu mengandung trimester I & II,III. Dengan harga yg super murah dr saya...  Dan konsultasi percuma!

SetIbuMengandung SetIbuMengandung2
Read more ...

Saturday, 8 February 2014

Akibat Mengambil Minuman Bergas

minuman-berkarbonat-Apakah yang berlaku pada tubuh apabila mengambil satu tin minuman bergas ?

10 minit : 10 sudu gula memasuki sistem tubuh. Jumlah itu menyamai dua kali ganda jumlah yang perlu diambil dalam sehari. Biarpun berlebihan, anda tidak berasa apa-apa kerana terdapat kandungan asid fosforik yang memotong rasa manis tersebut.

20 minit. Gula dalam darah meningkat. hati merembes insulin dan menukarkan gula yang berlebihan kepada lemak.

40 minit. Penyerapan kafein selesai. Tekanan darah meningkat dan hati menyalurkan gula yang banyak ke saluran darah.

45 minit. Tubuh menghasilkan banyak dapamine yang memberi tindak balas kepada otak (secara fizikalnya, keadaan ini memberi kesan yang sama kepada mereka yang mengambil dadah heroin)

60 minit. Anda telah memiliki gula yang berlebihan yang diproses.

Artikel : Kosmo 10 Feb 2013

 

Bagi mengawal kandungan gula didalam badan, boleh mencuba rangkaian produk Shaklee yang membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.

Antara kebaikan produk ini adalah :

  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah

  • Melegakan rasa kebas dan semut semutan

  • Membantu menyembuhkan luka.


Rangkaian produk Shaklee yang sesuai bagi mengawal gula adalah :

  1. ESP Soy Protein Isolate Powder

  2. Vita-Lea Iron Formula

  3. GLA Complex

  4. Alfalfa Complex

  5. Susteined Release Vita-C 500mg

  6. Zinc Complex


Untuk mendapatkan rangkaian produk tersebut, bolehlah menghubungi saya : 012-6200176 | Surya 


 
Read more ...

AddThis

Designed By Blogger Templates