Breaking News

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Showing posts with label kelebihan omegaguard. Show all posts
Showing posts with label kelebihan omegaguard. Show all posts

Monday, 10 February 2014

Menangani Masalah Mabuk - Ketika hamil

Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat dirumah.


th

 

Apa yang menyebabkan mabuk semasa kehamilan?


Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui.


  • Perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan.




  • mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.




Wanita yang hamil kembar dua atau tiga biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, begitu juga dengan wanita yang mengalami ‘kehamilan anggur (molar pregnancy)’ iaitu sejenis kehamilan yang tidak normal. Adalah dianjurkan wanita yang mengalami ‘hyperemesis gravidarum’ gelaran yang diberi kepada wanita yang mengalami mabuk hamil yang sangat teruk, menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan tiada kehamilan kembar ataupun kehamilan anggur. Punca lain yang boleh menyebabkan mabuk hamil yang teruk adalah jangkitan saluran kencing, radang usus dan keracunan makanan. Wanita dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mereka mengalami muntah yang teruk dan tidak berupaya untuk mengambil makanan atau minuman yang mencukupi.
Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.

 

Kesan mabuk hamil ke atas kandungan


Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.

Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh menjadi dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis atau ‘metabolic acidosis’ dan ini mungkin boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.

 

Mengalami mabuk hamil- Kenapa Saya?

Majoriti wanita akan mengalami mabuk hamil semasa awal kandungan dan hanya sebahagian kecil yang bernasib baik dan tidak mengalami masalah ini. Gejala ini mungkin teruk dikalangan sesetengah wanita. Antara faktor yang diketahui boleh mendedahkan seseorang kepada mabuk hamil yang teruk termasuk:

  • Mempunyai kandungan kembar atau lebih

  • Mempunyai sejarah mabuk hamil pada kandungan lalu

  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami mabuk hamil


 

 

Pencetus mabuk semasa hamil

Ramai wanita menyedari bahawa keadaan tertentu, makanan atau bau boleh menyebabkan mereka mabuk. Antara pencetus yang biasa adalah:

  • Bauan atau wangian seperti minyak wangi, kopi, asap rokok

  • Bauan semasa memasak atau menggoreng

  • Berasa sangat letih

  • Perasaan gelisah atau risau


Tip untuk mengurangkan mabuk


 hamil


Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:

  • Kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari adalah nasihat yang biasa diberi untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.

  • Makan semasa bangun tidur biasanya membantu contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.

  • Terus makan sesuatu makanan apabila teringinkannya

  • Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng

  • Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya

  • Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan

  • Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah

  • Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.


  • Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.


     


Vitamin tambahan


Mengambil multivitamin yang mengandungi piridoksin (vitamin B-6) semasa hamil boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah yang teruk. Dos yang dicadangkan adalah 25-50 mg setiap lapan jam. Jika anda mendapati vitamin tambahan yang dimakan seperti hematinik, menambahkan rasa loya, anda boleh memakannya pada waktu malam sebelum tidur. Jika ianya tidak membantu, berbincanglah dengan doktor untuk menukar bentuk vitamin. Vitamin dalam bentuk gel biasanya kurang memberi kesan loya.

 

Siapakah yang boleh membantu saya berkenaan mabuk hamil?

Mempunyai suami dan ahli keluarga yang memahami keadaan ini akan banyak membantu.Walau bagaimanapun, sekiranya gejala ini berkekalan dan susah untuk ditangani, anda harus mendapatkan nasihat dan kaunseling dari klinik yang berdekatan. Anda juga mungkin memerlukan ubat untuk membantu mengurangkan rasa loya dan muntah. Kadang-kadang doktor anda mungkin melakukan ujian darah dan air kencing untuk menilai tahap kesihatan anda


B


ilakah saya perlu mendapatkan rawatan?


Anda perlu mendapatkan rawatan jika:

  • Anda tidak berupaya untuk makan dan minum melebihi 24 jam

  • Jika muntah anda berlaku bersama

    • Demam

    • Cirit birit

    • Sakit perut

    • Sakit kepala




(sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan muntah perlu diselidiki)

 

Anda juga boleh mendapatkn set ibu mengandung trimester I & II,III. Dengan harga yg super murah dr saya...  Dan konsultasi percuma!

SetIbuMengandung SetIbuMengandung2
Read more ...

Saturday, 8 February 2014

Untukmu Wanita

remajaHai Sister , SUPER Women, ION Women, SUPER Mom, Super Nekma,,,ooopss¦..walau apa pon gelaran ia tetap sama WANITA. Sentiasa ingin kelihatan sihat & cantik selalu. Bagi wanita RM tidak menjadi persoalan demi mendapatkan kesihatan yang optimum. ini memang satu pelaburan yang bijak. Dari remaja hingga lah sudah menjangkau usia kesihantan perlu di jaga.

 

Antara peringkat ataupun kitaran kehidupan seorang wanita adalah :wanita 1

  • Akil baligh / keremajaan

  • Pra-kehamilan

  • Kehamilan

  • Pra-menopos

  • Menopos

  • Selepas menopos


Dalam melalui pelbagai fasa tersebut, banyak masalah yang dihadapi, ketidak stabilan emosi dan seringkali terganggu dan ini turut menyumbang kepada masalah untuk mencapai tahap kesihatan yang optimum.

 

Aperihatin dengan lumrah WANITA yang ingin kekal sihat, Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat. Set Kesihatan Wanita ini mengandungi 3 produk iaitu GLA Complex, Ostematrix dan Omegaguard.

 

Kebaikan dan manfaat gabungan ketiga-tiga produk ini ialah :

  • 200380489-001Membantu melegakan simptom senggugut dan menopos

  • Menggalakkan kulit yang sihat & cantik

  • Menggalakkan tulang yang kuat

  • Mengurangkan risiko penyakit jantung

  • Melegakan sakit-sakit sendi

  • Membantu membakar lemak & memperolehi berat badan yang ideal

  • Membantu bertenaga, menghilangkan rasa letih serta lesu


 

Perkongsian bersama Suri untuk anda, boleh dapatkan set ini dari Suri dengan harga mampu milik...jangan tunggu lagi!!!

SetWanita

*GLA Complex - Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan

Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

*OsteMatrix - Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

*OmegaGuard

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Jangan malu-malu, call suri untuk konsultasi percuma & harga yang terbaik serta mampu milik. Salam sayang dari suri LoveSihat.com
Read more ...

AddThis

Designed By Blogger Templates