Friday, July 11, 2025

Breaking News
>> 7 Tanda Anak Anda Mungkin Tonsillities @ Tonsil  >> 7 Cara Tambah Berat Badan Yang Berjaya  >> Cara Makan Set Kurus Yang Berkesan  >> Bebas Kolestrol Dengan PHYTOCOL-ST Shaklee  >> Masalah Buasir Dan Cara Mengatasinya  >> Migrain dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan    
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Saturday, 8 February 2014

Kenali Susu Ibu

JenisSusu

Kepekatan dan kecairan susu ibu boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor :

Cuaca

Keadaan cuaca mempengaruhi pengeluaran susu ibu sama ada susu jenis foremilk atau hindmilk. Foremilk bersifat lebih cair manakala hindmilk pula lebih pekat. Namun begitu susu dari jenis foremilk mengandungi lebih banyak vitamin berbanding dengan hindmilk yang mengandungi lebih banyak lemak.

Apabila cuaca panas, ini bermakna si ibu perlu minum banyak air. Keadaan ini menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak susu foremilk kerana ketika panas secara tidak langsung bayi turut panas dan dehydrate. Oleh sebab itu lebih banyak foremilk dihasilkan oleh badan bagi berfungsi untuk redehydrate bagi membekalkan bayi dengan keperluan vitamin dan membina ‘perisai’ bagi melindungi bayi daripada sebarang jangkitan akibat daripada hawa panas.

Kekerapan memerah

Apabila payudara kerap dikosongkan akibat perahan atau penyusuan berterusan, tubuh akan mendapat isyarat bahawa susu yang dihasilkan tidak mencukupi. Dan disebabkan oleh itu, tubuh akan menghasilkan lebih banyak susu bagi menampung nutrient yang diperlukan oleh bayi. Susu yang dihasilkan lebih pekat kerana susu tersebut mengandungi banyak nutrient yang diperlukan oleh bayi.

Faktor makanan.

  • Ibu yang meminum banyak air akan menghasilkan susu yang lebih cair. Walaupun cair tidak bermakna susu tersebut mengandungi kurang nutrient.

  • Bagi ibu yang memakan makanan yang mengandungi protein yang tinggi akan menghasilkan susu yang lebih pekat.

  • galactagogue seperti halba / fenugreek akan menghasilkan susu yang lebih cair

  • Amalan memakan oats boleh memekatkan susu.


Kepekatan atau kecairan susu tidak mempengaruhi kejayaan penyusuan. Apa yang penting ialah meneruskan proses penyusuan dan sekerap yang mungkin agar susu sentiasa dihasilkan. Ketahuilah susu ibu adalah susu yang terbaik didunia.

SetMenyusuOptimum-Big

Rangkaian produk Shaklee dapat membantu si ibu menghasilkan lebih banyak susu melalui set penyusuan optimum. Untuk mendapatkan set ini, anda boleh menghubungi saya :



012-6200176 | Surya 


 

No comments:

Post a Comment

AddThis

Designed By Seo Blogger Templates