Wednesday, July 09, 2025

Breaking News
>> 7 Tanda Anak Anda Mungkin Tonsillities @ Tonsil  >> 7 Cara Tambah Berat Badan Yang Berjaya  >> Cara Makan Set Kurus Yang Berkesan  >> Bebas Kolestrol Dengan PHYTOCOL-ST Shaklee  >> Masalah Buasir Dan Cara Mengatasinya  >> Migrain dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan    
  • Fungsi Collagen yang Memang Hebat
    Feb 15, 2014No Comment

    Collagen adalah sejenis protein. Ia menghubungkan dan menyokong tisu-tisu badan yang lain , seperti kulit , tulang , tendon , otot, dan tulang rawan. ...

  • UPDATE : Apa itu ekzema?
    Feb 09, 2014No Comment

    Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampa...

  • Menangani Masalah Mabuk - Ketika hamil
    Feb 10, 2014No Comment

    Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wani...

  • Set Berpantang dan Menyusu Shaklee.
    Feb 14, 2014No Comment

    Ramai yang memperkatakan mengenai set bersalin shaklee. Kenapa set ini berbeza dengan set bersalin yang lain..? Saya tak pernah dengar pun Shakle...

  • Fungsi Utama Vivix
    Feb 15, 2014No Comment

    Siapa yang tidak mahu kelihatan muda sentiasa, sila angkat tangan.. Sudah pasti jika ditanya kepada semua orang sama ada lelaki mahupun wanita pasti a...

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Tuesday, 18 February 2014

6 Khasiat Terbaik Buah Delima

Merah si buah delima...Dalam banyak-banyak buah..kenapa yek saya pilih Delima??? Raja segala buah adalah Durian. Walaupun dari segi fizikal buah durian lebah tampak hebat, tapi delima tak kurang nya hebat dengan khasiat nya. Saya memang pengemar tegar buah durian, tapi bila pergi pasar malam tak lupa jugak jengok2 kedai buah, carik delima yang bewarna merah..lagi menarik perhatian…sebab warna kegemaran saya tu..ehemmm…jom saya nak kongsi kehebatan buah delima ni

 

delima
Kehebatan delima sudah diterima oleh dunia pada masa kini dimana ia dikatakan dapat menurunkan berat badan, mengelakkan penyakit dan memperbaiki sistem pencernaan. Ia dapat membersihkan toxin dalam badan. Jadi, delima bukanlah buah yang biasa, ia dapat memberikan keajaiban pada kesihatan dengan mengekalkan bauan badan yang sihat serta bebas daripada toksin sepenuhnya.

Delima adalah agen pembersihan yang berkesan kerana ia kaya dengan antioksidan lebih dari buah beri biru, anggur merah, teh hijau dan makanan lain yang mempunyai khasiat yang sama.
Antioksidan yang utama dalam delima dikenali sebagai "Polyphenols" dimana ia membuatkan sel darah putih menjadi kuat, banyak dan berkesan. Aliran sel darah putih melalui saluran darah dan memakan apa yang tidak diperlukan dan membuangnya sebagai bahan buangan.

 

Berikut disenaraikan khasiat buah delima:


air delima

Antioksidan 


Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana kandungan polifenol dalam buah delima yang tinggi. Fungsi antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.




Jantung


Kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat di arteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang mengambil jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung.




Kolesterol


Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).




Kanser


Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser;


i.   Jus  buah delima dapat mencegah pembentukan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sihat.


ii.  Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.


iii. buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.




Alzheimer


Dalam sebuah penelitian lain, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.




Nutrisi


Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa. Ia juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.


 

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit


 

• Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

• Kandungan gula dalam buah delima  mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

• Buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya adalah selepas makan buah delima, ambil kulit dan jemur sehingga kecut. Kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga menjadi serbuk. Kemudian simpan dalam bekas dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi, tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah. Biarkan ia kering dan kemudian basuh.

 

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung


 

• Buah delima membantu melindungi otak bayi semasa kelahiran. Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

• Pengambilan jus buah delima semasa mengandung juga dapat membantu melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

• Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

 

Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com




 

No comments:

Post a Comment

AddThis

Designed By Seo Blogger Templates