Wednesday, July 23, 2025

Breaking News
>> 7 Tanda Anak Anda Mungkin Tonsillities @ Tonsil  >> 7 Cara Tambah Berat Badan Yang Berjaya  >> Cara Makan Set Kurus Yang Berkesan  >> Bebas Kolestrol Dengan PHYTOCOL-ST Shaklee  >> Masalah Buasir Dan Cara Mengatasinya  >> Migrain dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan    
  • Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya
    Feb 08, 2014No Comment

    Bagi ibu berkerjaya, terdapat pelbagai keperluan supaya urusan penyusuan susu ibu berjalan lancar. Antaranya:1. Pam susuPerkara paling penting menyedi...

  • Kenali Susu Ibu
    Feb 08, 2014No Comment

    Kepekatan dan kecairan susu ibu boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor :CuacaKeadaan cuaca mempengaruhi pengeluaran susu ibu sama ada susu jenis forem...

  • Akibat Mengambil Minuman Bergas
    Feb 08, 2014No Comment

    Apakah yang berlaku pada tubuh apabila mengambil satu tin minuman bergas ?10 minit : 10 sudu gula memasuki sistem tubuh. Jumlah itu menyamai dua kali ...

  • Apakah Faedah Penyusuan untuk Bayi Anda?
    Feb 09, 2014No Comment

    Susu ibu menyediakan pemakanan yang ideal untuk bayi. Ia mempunyai hampir sempurna gabungan vitamin, protein, dan lemak . Ini kerana semua bayi perlu ...

  • Penyusuan Susu Ibu
    Feb 08, 2014No Comment

    Penyusuan semulajadi oleh ibu merupakan cara yang paling biasa bagi mendapatkan susu ibu. Namun begitu, susu ibu juga boleh diperolehi melalui proses ...

  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Sunday, 9 February 2014

Sedih, Marah Punca Sakit Jantung

Susunan DIYANA ROSE KAMALLUDEEN


GOLONGAN yang didorong semangat bekerja, kompetitif dan obses dengan perkara positif kurang potensi mengalami penyakit jantung.

UMUM mengetahui, emosi terbentuk di dalam otak manakala perasaan terbit dari dalam hati, atau sebenarnya organ dalaman iaitu jantung.

Namun begitu, bagaimana pula dengan emosi negatif? Apabila anda terlalu sedih atau marah sehingga 'sakit hati', adakah keadaan emosi tersebut benar-benar menyebabkan kesakitan pada jantung anda?

Bagi mengetahui kesan tersebut, dua kajian dijalankan baru-baru ini bagi menyokong teori bahawa apa yang difikirkan otak benar-benar mampu mencederakan jantung anda.

Kajian pertama terbitan Journal of the American College of Cardiology (JACC) mendapati, wanita yang menghidap simptom kemurungan menghadapi risiko lebih tinggi diserang penyakit jantung. Wanita yang disahkan murung secara klinikal pula dua kali ganda berkemungkinan meninggal dunia akibat jantung terhenti.

Para penyelidik menyimpulkan bahawa kemurungan mempunyai impak psikologi secara terus menerus terhadap jantung kerana ia terpaksa berfungsi lebih kuat apabila berdepan tekanan.

Kajian turut mendapati, wanita murung lebih cenderung merokok, mengalami tekanan darah yang tinggi dan menghidap diabetes.

Ubat anti murung yang digunakan oleh ramai pesakit wanita juga dikaitkan dengan masalah jantung dan kematian secara tiba-tiba terutama di kalangan remaja.

Satu lagi kajian pula mendapati, mood seseorang itu mempengaruhi tekanan ke atas jantung dan bukan sebaliknya.

Kertas kajian yang disediakan oleh penyelidik University College London pula menemui, lelaki yang mudah meradang dan panas baran besar kemungkinan diserang penyakit koronari berbanding mereka yang tidak bersikap demikian.

Kajian pertama menemui golongan yang didorong semangat bekerja, kompetitif dan obses dengan 'deadline', kurang potensi mengalami penyakit jantung.

Dalam kata lain, pekerja yang terlalu bercita-cita tinggi dan 'terlebih' rajin kurang risiko diserang sakit jantung berbanding golongan yang menyimpan dendam, marah dan menentang secara berselindung.

Kajian kedua menemui beberapa teori mengenai emosi marah yang diterjemahkan dalam bentuk serangan jantung fizikal. Ini kerana, golongan panas baran mengalami kesukaran tidur, kurang mengambil ubat, tabiat pemakanan teruk, tidak bersenam, kuat merokok dan lebih gemuk.

Golongan panas baran ini pada mulanya langsung tidak menghadapi risiko, tetapi akhirnya mengalami 19 peratus kemungkinan lebih tinggi diserang penyakit jantung koronari.

Kedua-dua kajian tersebut turut menemui stereotaip jantina iaitu, wanita 'sakit' jantung akibat menanggung kesedihan manakala lelaki 'sakit' jantung dengan kemarahan.

Walaupun begitu, dua kajian bersetuju bahawa lelaki dan wanita mengetahui punca penyakit jantung seperti diet salah, kurang bersenam dan sukar tidur.

Sehubungan itu, adalah penting lelaki atau wanita tidak membiarkan diri tenggelam dalam emosi kerana boleh merosakkan mental dan organ dalaman yang paling penting iaitu jantung.

Sumber: Utusan Malaysia

 

SetJantung

No comments:

Post a Comment

AddThis

Designed By Seo Blogger Templates