Breaking News

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Sunday, 27 April 2014

Punca Gastrik dan Tips Penjagaannya

Salam semua, hari ini Lovesihat VitaShop nak share tentang penyakit Gastrik yang popular di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Kemungkinan penyakit ini dapat semasa kecil ataupun faktor tidak jaga waktu makan dengan sebaiknya. Jom kita kenali lebih rapat lagi ape itu gastrik dan cara penjagaan nya.


dewasa gastrik





Apa itu Gastrik


Istilah perubatannya, gastritis, sejenis penyakit keradangan pada dinding /pengalas/ mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.


Punca Gastrik



Perut kita merangkumi kantung kosong yang berotot terletak di bahagian atas di kiri abdomen, betul-betul di bawah rusuk.Panjang perut orang dewasa lebih kurang 25 sentimeter (10 inci) dan boleh mengembang untuk menampung satu gelen makanan dan minuman.


Ketika perut kosong, tisu perut tersusun rapat dan berlipat sesama sendiri seperti kipas. Apabila ada makanan, lipatan ini terbuka dan mengembang.

Dalam perut inilah makanan diproses dan disimpan sebelum ia dibuang melalui usus.

Daripada mulut, makanan perlu melalui esofagus (saliran makanan yang panjang dan berotot) sebelum sampai ke perut.

Dinding perut pula ada beberapa lapisan otot yang ‘menggodak’ makanan sehingga hancur.

Pada masa sama, kelenjar pada dinding perut merembeskan jus gastrik (termasuk enzim dan asid perut) bagi membantu mencernakan makanan.

Satu asid, iaitu asid hidroklorik, bersifat kakis dan boleh melarutkan besi.

Bagaimanapun, kehadiran mukus atau cecair bikarbonat dapat menseimbangkan paras keasidan dalam perut dan melindungi tisu perut.

Perunding Pembedahan Gastroenterologi, Dr Abd Hamid Mat Sain, berkata radang perut atau gastritis berlaku apabila keseimbangan ini terganggu.

Keradangan ini biasanya berpunca daripada tindakan bakteria Helicobacter pylori yang hidup dalam perut.

Bagaimana bakteria ini berjangkit (biasanya pada kanak-kanak dan berlanjutan sepanjang hayat jika tidak dirawat) dan menyebabkan keradangan pada sesetengah orang belum diketahui dengan jelas.

 

rawatan untuk gastrik

Gejala Gastrik



  • Sakit pada bahagian atas abdomen. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan.

  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas dan minuman beralkohol.

  • Mual.

  • Muntah.

  • Hilang selera dan terasa sebu.

  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan sedikit.

  • Hilang berat badan.

  • Pedih ulu hati.




Bahaya Gastrik


Jika sakit ini dibiarkan tanpa rawatan, lama kelamaan ia boleh bertukar menjadu Ulser



Cara Mengawal/Menangani Gastrik


Lazimnya, gastrik dirawat dengan supliment yang membantu mengurangkan simptom angin dalam badan dan pengambilan prebiotik yang mengandungi beberapa jenis bakteria baik yang melawan Helicobacter pylori  tadi.



kanak2 gastrik

Langkah-langkah mengawal gejala Gastrik :-




  1. Makan secara bijak. Jika anda kerap sakit perut selepas makan, buat perubahan pada jadual makan anda. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut.

  2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.

  3. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.

  4. Elakkan tidur sebaik selepas makan. Petua orang tua2 ini sebenarnya amat bagus kerana perbuatan tidur sebaik selepas makan mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah2 kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,

  5. Kurangkan minum minuman beralkohol. Ia boleh mengganggu penghasilan mukus beralkali dalam perut dan menyebabkan dinding perut radang atau berdarah.

  6. Berhenti merokok. Asap rokok juga memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok sebenarnya menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.

  7. Tukar ubat jika ubat gastrik yang diambil sekarang tidak berkesan.

  8. Patuhi jadual pengambilan ubat dan pastikan ubat diambil selepas makan.

  9. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk. Mengekalkan berat badan seimbang membantu mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.

  10. Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.

  11. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik. Tekanan juga meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, melemahkan sistem pertahanan badan dan mencetuskan pelbagai masalah kulit




Bagaimana Shaklee boleh membantu?


Essential Nutrition - Ostematrix

Ostematrix




1. Ostematrix adalah suppliment kalsium dengan magnesium dan vitamin D



2. Ostematrix membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus
dan menyebabkan pedih ulu hati.





Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.


Essential Nutrition - B Complex


B complex


B complex Shaklee bertindak  sebagai penenang kepada pesakit gastrik  selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. Dengan supplement B-complex juga melengkapkan keperluan harian tubuh dan sistem saraf kita.



Essential Nutrition - ESP


ESP



ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.



TESTIMONI PESAKIT GASTRIK


 

test gastrik 1


test gastrik 3

test gastrik 2







Read more ...

Saturday, 26 April 2014

Panduan Berpuasa Pesakit Kencing Manis

Diabetic

Hari ni Lovesihat VitaShop nak berkongsi tips dan panduan berpuasa bagi penghidap penyakit Kencing Manis. Puasa adalah ibadat dan amalan baik untuk pesakit kencing manis, terutama yang turut ada masalah berat badan berlebihan. Namun beberapa garis panduan perlu dipatuhi sebelum pesakit dibenar berpuasa supaya ibadat itu tidak memudarat dan membahayakan nyawa.

 

Dua cabaran utama pesakit kencing manis pada bulan puasa ialah pertama, kawalan pengambilan ubat atau suntikan insulin kerana pada hari biasa ia dilakukan pada waktu siang.


Cabaran kedua ialah masalah hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi yang boleh berlaku bila-bila masa ketika berpuasa.

Untuk membolehkan seseorang pesakit berpuasa, penyakitnya perlu dalam keadaan terkawal dan tahap gula dalam paras sasaran iaitu 5.8 hingga 8 mmol/liter. Jika paras gula pada tahap ini, pesakit boleh berpuasa tanpa masalah. Bagi pesakit yang kurang patuh kepada penjagaan makan dan kawalan paras gula dalam darah, ini masa terbaik untuk memulakan program kawalan bagi mengelak tidak ber puasa pada Ramadan.

 

insulin

 

Pesakit yang ingin berpuasa mestilah:



  1. Bersahur (lebih baik jika melambatkan sahur)

  2. Menyegerakan berbuka

  3. Makan ubat atau menyuntik insulin mengikut nasihat doktor

  4. Makan secara bersederhana ketika berbuka dan pada waktu malam

  5. Kurangkan makan makanan manis

  6. Mengawal penyakit dengan baik

  7. Mengenali tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi

  8. Segera berbuka apabila mengalami tanda komplikasi sama ada hipoglisemia, hiperglisemia atau dehidrasi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Jika ini berlaku, anda tidak diwajibkan berpuasa.

  9. Mengubah suai dos ubat atau insulin dan waktu untuk mengambilnya. Pesakit yang mengambil ubat makan berbuka puasa dengan makan ubat dan minum air terlebih dulu. Selepas 15 minit baru diikuti dengan makan nasi atau makanan berat lain. Insulin pula perlu disuntik 15 minit sebelum azan Maghrib. Namun, insulin generasi baru (yang bertindak segera) boleh disuntik sejurus sebelum berbuka.



Pesakit yang boleh berpuasa diingatkan untuk:


scales-weight-486

  • Timbang berat badan pada awal Ramadan (pastikan tiada kenaikan atau penurunan berat badan yang mendadak)



  • Mengelak makan berlebihan ketika berbuka dan pada waktu malam. Karbohidrat dan makanan berlemak boleh menambah berat badan dan menyukarkan kawalan diabetis



  • Melakukan aktiviti fizikal ringan ketika berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan. Sebaik-baiknya kekalkan gaya hidup aktif sepanjang Ramadan. Untuk mengelak masalah, lakukan perubahan pada gaya pemakanan dan dos ubat mengikut nasihat doktor



  • Mendapatkan nasihat doktor mengenai pengubahsuaian dos dan waktu pengambilan ubat. Ubat yang diambil pada sebelah pagi (ketika tidak berpuasa) ditukar ke waktu berbuka. Manakala ubat yang diambil sebelum makan malam pula perlu diambil sebelum bersahur. Ketika berpuasa, pesakit perlu mengurangkan dos ubat bagi mengelak masalah hipoglisemia.



  • Bagi pesakit yang mengambil insulin, dos dan waktu suntikan perlu diubah mengikut arahan doktor berdasarkan ujian paras gula dalam darah pada permulaan puasa. Perubahan ini boleh dilakukan seperti:


a. Tiga kali suntikan — Dua dos insulin yang bertindak segera ketika berbuka dan sebelum sahur, serta satu dos insulin yang bertindak lama sebelum tidur

b. Dua kali suntikan — Satu dos insulin yang dicampur ketika berbuka (dengan dos sama pada pagi tidak berpuasa) dan satu dos insulin yang bertindak segera sebelum bersahur

Ketika berpuasa, beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidarasi kerana ia boleh membahayakan nyawa pesakit.


Tanda hipoglisemia :




  • Menggigil



  • Terlalu lemah



  • Sangat lapar



  • Berpeluh-peluh dan terasa seram sejuk



  • Pucat



  • Berdebar-debar



  • Gelisah



  • Koma (keadaan terlalu teruk)




Tanda hiperglisemia :




  • Kerap buang air kecil



  • Terlalu dahaga



  • Sangat letih



  • Terasa sesak nafas



  • Tanda dehidrasi



  • Sangat dahaga



  • Kulit dan lidah menjadi terlalu kering



  • Fikiran terganggu dan sukar menumpukan perhatian



male healthy shopping

 


Untuk mengawal tekanan darah, diet disarankan ialah mengambil makanan berserat tinggi seperti buah dan sayuran, makan makanan mengandungi protein kelas pertama seperti ikan, ayam, makanan laut, tenusu dan telur serta paling penting, kurangkan kuantiti garam dalam masakan. Kurangkan pengambilan daging kerana banyak kajian menunjukkan ia boleh meningkatkan tekanan darah.

Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Ganti kuih muih yang biasanya diambil selepas solat Tarawih dengan buah-buahan.

Makanan mengandungi lemak haiwan seperti mentega, ghee, kulit ayam, lemak daging dan lemak susu harus dielak manakala minyak sawit seharusnya digunakan untuk menggoreng tidak melebihi dua kali.

Puasa boleh menurunkan tekanan darah dan ia dianggap antara rawatan baik untuk pesakit tekanan darah tinggi. Untuk kesan lebih baik, lakukan senaman ringan sepanjang Ramadan dengan berjalan cepat selama 20 hingga 30 minit sehari. Selain itu, solat Terawih dianggap kaedah terbaik untuk menggerakkan seluruh anggota badan dan boleh membakar lemak.

Untuk pesakit buah pinggang kronik, mereka perlu berhati-hati dengan jumlah protein diambil. Pesakit perlu peka terhadap kandungan protein tersembunyi seperti di dalam papedom, keropok ikan atau produk mengandungi protein.

Malah, pesakit buah pinggang kronik perlu mengehadkan pengambilan garam kerana garam berlebihan boleh menyebabkan masalah pengumpulan air dalam badan.

Maknanya jika sudah memasukkan garam, tidak perlu lagi menambah sos soya atau kicap dalam masakan.

Kawalan makanan lebih sukar jika anda membeli juadah berbuka daripada restoran atau bazar Ramadan. Langkah terbaik ialah masak sendiri makanan anda di rumah kerana hanya dengan cara ini anda boleh mengawal diet.

Makanan mengandungi tinggi potassium seperti sawi dan bayam, pisang, oren, roti, kelapa, durian, belimbing besi dan rempah ratus tidak seharusnya diambil secara berlebihan kerana buah pinggang tidak mampu menyingkirkannya dari badan dan boleh mengakibatkan degupan jantung menjadi tidak normal.

Kandungan potassium dalam sayuran boleh dikurangkan dengan memotong sayuran kepada potongan kecil dan direndam sebelum dimasak.

Kurangkan pengambilan sayur-sayuran berdaun hijau, buah-buahan kering, minuman bijirin, susu, produk tenusu, kekacang dan kentang serta elak makanan bertulang lembut atau tulang rawan serta mengurangkan minuman diperbuat daripada bijirin.

Sebaliknya gantikan ia dengan kubis, lobak merah, timun, peria, petola, kacang panjang atau terung di samping mengambil ubat bagi menghentikan proses kerosakan buah pinggang.


SET DIABETIS


 

Set DiabetesBudget

 

GLA COMPLEX 

Menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

 

B COMPLEX

Menukar makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan.

 

ZINC

Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

 

 


Pengedar Shaklee Sungai Buloh

Nama : iR Surya Baizura
SID : 1086935
No HP : 012 – 6200176 /019 4705320
Email : surya.baizura@gmail.com
FB : lovesihat Vitashop
COD : Sungai Buloh, Damansara Damai, Kota Damansara, Bukit Rahman Putra.
*Pos seluruh Malaysia. *Caj penghantaran dikenakan.
Read more ...

Wednesday, 23 April 2014

4 Tips Sihat Ketika Berpuasa

kurma 31. Berbuka dengan ruthaab, tamar atau air


 

Kurma adalah makanan yang mempunyai karbohidrat ringkas (simple carbohydrate) yang memudahkan badan mendapat tenaga tanpa memecahkannya terlebih dahulu. Jika kita memulakan berbuka dengan pelbagai makanan dimasak yang mengandungi karbohidrat kompleks (complex carbohydrate), maka badan perlu mengeluarkan tenaga bagi memecahkan karbohidrat ini bagi mendapatkan tenaganya. Ini menjadikan badan letih.  Tetapi dengan memulakan berbuka dengan kurma, karbohidrat ringkas akan terus diserap oleh badan dan memberikan tenaga kepada badan yang seharian berpuasa.




Kurma  mempunyai 3.9% serat, 2.5% protein terutama triptofan yang dikatakan boleh menenangkan perasaan, 2.1% zat  seperti zat besi, kalsium, Vit A, Vit B1, B2, B6 dan B12. Ia adalah makanan ‘low fat and high fibre’ yang baik untuk kesihatan.



Ruthaab (kurma basah) adalah lebih baik dari tamar (kurma kering) kerana kandungan seratnya yang lebih tinggi. Dalam hadis riwayat Imam Abu Daud dan Al-Hakim  ‘Rasulullah saw berbuka dengan memakan beberapa Ruthaab sebelum solat, kalau tiada Ruthaab maka baginda berbuka dengan Tamar, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk’.


Bersegeralah berbuka. Tetapi kawal makan semasa berbuka. Sebaiknya kita berbuka dengan karbohidrat ringkas seperti kurma, bersolat dan seterunya menikmati juadah yang lebih berat. Dengan itu kita akan mendapat tenaga segera dengan memakan karbohidrat ringkas dan menyediakan perut kita bagi menghaDam makanan yang lebih kompleks. Perut yang kosong selama 14 jam akan lebih baik jika didedahkan dengan makan secara beransur-ansur.


Kita juga jangan menganggap juadah berbuka adalah gabungan makan pagi, tengahari dan  petang  yang ditinggalkan beserta makan malam. Berbuka melebihi had menyebabkan badan menjadi letih dan kurang cergas untuk beribadat. Konsentrasi solat juga akan terganggu. Adalah baik bahawa kuantiti juadah yang kita nikmati adalah seperti kuantiti makan malam biasa. Kita berhenti makan sebaik sahaja merasakan perut akan penuh.



2. Melebihkan minum air kosong


 

teks air kosong

 

 

Kita digalakkan meminum sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Tetapi rata-rata amalan meminum air kosong berkurangan di bulan Ramadhan.  Apa yang kerapkali berlaku adalah kita minum air manis (air tebu, cincau, oren, sirap etc) dalam kadar yang banyak semasa berbuka serta ditambah dengan meminum air manis (milo, nescafe, teh susu) selepas tarawih dan semasa bersahur. Sebaiknya kita perlu mengurangkan minum air manis semasa berbuka dan membanyakkan meminum air kosong selepas tarawih. Air kosong penting bagi proses perkumuhan dari buah pinngang.




Puasa Ramadhan adalah satu jangkamasa yang penting berlakunya proses ‘detoksifikasi’. Detoksifikasi adalah proses pembersihan racun dan toksin dari badan. Ketika berpuasa organ pencernaan makanan seperti perut dan pankreas berehat. Ia membantu organ pembersihan seperti usus, hati dan ginjal berfungsi dengan lebih berkesan mengeluarkan toksin  dari badan. Ketika puasa juga,  bahan simpanan dalam badan (lemak) ditukar kepada glukos untuk menghasilkan tenaga. Bahan toksin yang ‘larut lemak atau lipid soluble’ akan dibuang bersama. Namun begitu, proses detoksifikasi  tidak berkesan jika  kurang air di dalam badan.



Ada pendapat mengatakan bahawa minuman ais/sejuk adalah tidak baik bagi kesihatan kerana air yang sejuk di dalam perut akan menyebabkan lemak berkumpul dan mengganggu proses penghadaman. Walaupun pandangan ini diterima ramai, tiada fakta perubatan untuk mengesahkannya. Air  sejuk/ais adalah hidangan hampir wajib di setiap rumah semasa berbuka di negara kita.  



3. Sebaiknya masak sendiri juadah berbuka


 

manita masak

Juadah berbuka sebaiknya dimasak sendiri atau oleh isteri. Dengan itu kita dapat megawal kadar pengambilan lemak, gula dan garam dalam makanan serta tahap kebersihan penyediaannya.  Makanan yang dibeli di Pasar Ramadhan adalah di luar kawalan kita dalam aspek tersebut. Cadangan ini mungkin tidak praktikal kepada para pelajar serta pekerja yang penat setelah seharian bekerja.  Tetapi bagi  suri rumah dan pekerja yang dapat balik lebih awal, perkara ini boleh diusahakan. Setidak-tidaknya kita menyediakan juadah berbuka pada hujung minggu dan hari cuti.


Satu trend  yang kurang sihat yang berlaku di bandar-bandar adalah menghadiri ‘Buffet Ramadhan’ di hotel-hotel. Hotel-hotel ini biasanya menawarkan pelbagai juadah istimewa sebagai penarik dengan harga yang tidak murah. Secara psikologinya, setelah mengeluarkan belanja yang tidak sedikit, kita akan cenderung makan sepuas mungkin. Ini menyebabkan kita terlebih kenyang dan ini tidak membantu dalam pengamalan makanan yang sihat. Ini tidak termasuk dengan status halal dapur-dapur hotel yang diperkatakan sekarang.




Perbanyakkan makan buah dan sayur dalam bulan Ramadhan. Buah-buahan dan sayur mempuyai banyak serat serta anti-oksident. Serat penting  bagi melancarkan sistem penghadaman. Manakala anti-oksident adalah elemen penting anti-penuaan dan melawan penghasilan barah. Saya mencadangkan supaya kita memakan lebih banyak sayur semasa berbuka dan menggantikan kuih-muih yang dimakan dengan buah-buahan selepas tarawih serta semasa bersahur.




4. Lewatkan bersahur


 

bersahur

Rasulullah saw menyuruh kita bersahur serta melewatkannya. Rasulullah saw  bersabda  ‘bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada barakah’ (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Nasai, Ibn Majah).


Sahur yang dilewatkan sebenarnya adalah sarapan pagi yang awal atau  ‘early breakfast’. Sebenarnya makanan yang paling penting dalam sehari adalah makan pagi.




Orang yang bersarapan pagi mempunyai risiko kurang 50% mendapat sakit jantung dan kurang risiko gemuk dan kencing manis. Sahur akan memberikan tenaga sepanjang puasa selama sehari. Glukos darah yang kurang di awal pagi akan terus kurang jika kita tidak bersahur. Bahkan bersahur lebih penting bagi kanak-kanak kerana tubuh mereka yang kecil.



Semoga penjagaan kesihatan semasa puasa Ramadhan  dapat menjadikan badan cergas bagi melaksanakan ibadah semaksima mungkin. Kerana kita tidak tahu Ramadhan kali ini mungkin  yang terakhir bagi kita.


sumber : http://www.wanitaisma.net/


mighty 3 gems set



Terdapat 3 jenis produk :- 



Mealshake & Energizing Soy Protein (ESP) 


Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.



Performance Drink


Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran atlit (ala-ala 100 plus tapi lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP.


Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.


Untuk tenaga yang optimum ketika berpuasa, anda boleh menambah supplement :-


B-Complex

Vita-Lea Iron Formula

Susteined Release Vita-C
Read more ...

Tuesday, 22 April 2014

Tip Ibu Hamil Kekal Sihat di Bulan Ramadhan

Tak sabar rasanya menunggu Ramadhan yang kian hampir menjelma, Lovesihat VitaShop ingin menawarkan set istimewa untuk berpuasa yang dikenali sebagai Shaklee Mighty 3 Gems. Sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa. And jangan risau, set ini sesuai digunakan untuk ibu mengandung atau yang tengah menyusu badan (breastfeeding).

jika mama malas untuk masak sahur, terbangun lambat untuk sahur, etc, set ini adalah sangat sesuai untuk anda. Even untuk bulan-bulan lain selain Ramadhan, set ini sesuai diamalkan untuk menggantikan sarapan pagi. Menu sarapan pagi ini boleh diamalkan oleh semua golongan, dari kanak-kanak sehingga ke dewasa. Ia membantu meningkatkan tenaga dan daya tumpuan setiap hari.

Tiada alasan untuk dapatkan & tingkatkan tenaga ketika hamil. Hamil di bulan Ramadhan sememangnya menduga kesabaran dan kekuatan mental juga penting. Jika di fikiran kita kata kan yang kita lemah, maka makan  atau minum ape pon tak kan mendatangkan hasil dan perubahan.


ibu mengandung



Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?


 

Jika anda anda, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelit, sakit kepala, ke tidak cernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 

 

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?


 

kurma

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:

  • Tiga(3) biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah)

  • Susu atau yogurt rendah lemak

  • Sup jernih (tidak berminyak)


Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:



  • Sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;

  • Protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;

  • Karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;

  • Perbanyakkan makan  sayur-sayuran. (bewarna hijau lebih banyak khasiat)


*Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketidakcernaan


 

Makanan-Ibu-Hamil

 

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?


 

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala  dan mengantuk. 


Cadangan hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:


  • Nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair



  • Bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak



  • Dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang




P/S - Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat

 

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?


 

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 

 

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?


 

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:

  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.

  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.

  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.


Sumber - http://www.babycenter.com.my

 

Set Berpuasa Shaklee


mighty 3 gems set

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Terdapat 3 jenis produk :- 


Mealshake & Energizing Soy Protein (ESP) 


Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.



Performance Drink


Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Merupakan minuman kegemaran atlit (ala-ala 100 plus tapi lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP.


Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu.


Untuk tenaga yang optimum ketika berpuasa, anda boleh menambah supplement :-


B-Complex

Vita-Lea Iron Formula

Susteined Release Vita-C





logo


Pengedar Shaklee Sungai Buloh

Nama : iR Surya Baizura
SID : 1086935
No HP : 012 – 6200176 /019 4705320
Email : surya.baizura@gmail.com
FB : Lovesihat VitaShop
COD : Sungai Buloh, Damansara Damai, Kota Damansara, Bukit Rahman Putra.
*Pos seluruh Malaysia. *Caj penghantaran dikenakan.

 

 
Read more ...

Tip Mengelakkan Sakit Lutut Dan Sendi

Hi,

Berapa ramai daripada kita yang mengalami sakit lutut atau sendi. Tentu ramai bukan. Lebih-lebih lagi kepada wanita diluar sana sama ada muda atau yang telah berusia.

Hari ini saya ingin memberikan tips bagaimana untuk mengelakkan sakit lutut atau sendi.

 

Sakit-Sendi-Jenis

 

  • Kurangkan berjalan


Ya memang banyak berjalan baik untuk kesihatan jantung kita. Namun begitu, banyak berjalan juga akan memberi tekanan kepada otot-otot kaki kita. Apabila banyak berjalan, mulalah sakit lutut la, sakit sendi la dan sebagainya.

 

  • Kurangkan memikul barang yang berat


Bayangkan jika anda mengangkat barangan berat setiap hari, apa yang akan terjadi kepada anda. Katakan anda rajin shopping, tak kira la shopping apa, makanan, barang-barang basah untuk memasak, mengangkut air terutama waktu catuan ini ( bagi orang-orang negeri Selangor ye..), anda memberikan tekanan kepada otot-otot sendi anda. So tak mustahil anda kana mendapat sekit lutut or sendi.

 

  • Kurangkan aktiviti lasak seperti mendaki bukit atau gunung


Ha, ini bagi anda yang sukakan aktiviti lasak, pastikan anda tidak terlalu kerap melakukan aktiviti mendaki. Ini kerana ketika anda melakukan aktiviti tersebut, anda akan menggunakan segala kekuatan otot bagi sampai ke puncak. Terlalu kerap melakukan aktiviti ini pasti meberikan kesan kepada otot anda.

 

BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU MENGATASI MASALAH SAKIT LUTUT ATAU SENDI INI.

 

OmegaGuard Essential Nutrition - Ostematrix Essential Nutrition - AJHT

Bersenam secara konsisten dan dapatkan vitamin-vitamin semulajadi yang dapat membantu mengurangkan masalah sakit lutut atau otot ini.

 

Antara vitamin yang dicadangkan adalah :



  1. Shaklee AJHT. Membantu menyokong pergerakan dan kelenturan sendi.

  2. Shaklee Omega Guard. Membantu mengurangkan inflamasi dan keradangan sendi.

  3. Shaklee Ostematrix. Membantu membekalkan nutrien-nutrien harian.


 

testimoni-shaklee

 

set-sendi-1 test

testi-set-sendi-6

 

 

 

testi ajht

 

Sekiranya anda berminat mendapatkan produk-produk diatas, sila hubungi saya

Pengedar Shaklee Sg Buloh


 
logo

Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : surya.baizura@gmail.com




Read more ...

AddThis

Designed By Blogger Templates