Breaking News

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Wednesday, 28 May 2014

Penapis Air Terlajak Laris - Get Clean Water Pitcher

Ramai yang masih tak tahu dengan produk ni. Apa yang kita tahu Shaklee hanya mengeluarkan produk Vitamin tambahan sahaja.

Sebenarnya selain daripada vitamin, terdapat juga penapis air yang simple dan murah. Murah tak menjamin ape2 pon. Yang penting khasiat dan bahan yang di gunakan bagimenghasilkan satu produk yang berkualiti dan mudah di bawa ke mana-mana sahaja.


Hari ni LV nak share dengan semua sahabat, betapa pentingnya air yang bersih dalam kehidupan seharian.



water pit


Memperkenalkan Get Clean Water Pitcher SHAKLEE



Get Clean Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat berbanding dengan jag air yang lain. Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%



Get Clean Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah penggunaan botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras sehingga 303liter air (80gelen) bagi setiap turasan



Fungsi Get Clean Water Pitcher





  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar yang lain disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!




  • Disahkan dapat mengurangkan klorin jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yand disebabkan oleh bahan sampingan klorin




  • Disahkan dapat menuras 303liter air (80gelen) bagi setiap turasan




  • Hanya beberapa sen bagi seliter air bersih dan sedap!




 

Siapa yang memerlukan?





  • Seisi keluarga yang pentingkan kesihatan dengan menggunakan sumber air bersih dalam urusan seharian - memasak, minum etc




  • Mana-mana organisasi kerajaan atau swasta yang ingin menyediakan sumber air bersih kepada para pekerjanya




  • Kanak-kanak yang sensitif dengan keadaan alam sekitar sekiranya terdapat pencemaran terutamanya sumber air yang diminum




  • Mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah dan mudah dijangkiti penyakit




 

shaklee_get_clean_water

 

Simptom Kekurangan air bersih





  • Risiko dijangkiti penyakit seperti taun/keracunan makanan dan masalah kekurangan air dalam badan




  • Pada tahun 2005, WHO melaporkan 1.6juta penduduk bumi meninggal akibat air yang tercemar yang mengancam kesihatan tubuh




  • Polychlorinated (klorin) - air yang tercemar dgn klorin boleh menyebabkan kerosakkan pada jantung dan sistem saraf




  • Sumber air yg tercemar oleh plumbum & merkuri boleh menyebabkan masalah saraf dan barah




 

Kelebihan Penapis air SHAKLEE berbanding jenama lain





  • Sistem penuras jag air berblok-karbon isian semula pertama!




  • Disahkan dapat menuras sehingga 303liter air (80gelen) bagi setiap turasan dan ini membuktikan Get Clean Water Pitcher 2kali ganda lebih baik dari jenama terkemuka




  • Jag air bermeter automatik pertama yang boleh menunjukkan jumlah liter/gelen air yang telah dituras - tidak memerlukan tenaga elektrik




  • Ringan dan boleh dibawa ke mana-mana - tanpa perlu pemasangan




  • Menjimatkan kos - tanpa perlu dimasak terlebih dahulu




 

testimoni-shaklee

 

test water 2

 

test water

 

 



Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com






 
Read more ...

Tuesday, 27 May 2014

Mengira Waktu Subur Dengan Tepat

Keputusan terletak di tangan anda, sebagai pasangan yang ingin merancang tanpa penggunaan ubat-ubatan / pil pencegahan kehamilan perlu tahu mengira waktu subur dengan tepat. Hari ni LV nak buat perkongsian dengan bagaimana mengira waktu subur dengan tepat. Ramai juga yang tidak peka dengan waktu subur diri kita. Yang suami pun kena ambil tau yer...ehem ..ehem..


Macam menarik jer post hari ni...jom baca..




BAGAIMANA MENGIRA WAKTU SUBUR?

Kebelakangan ni memang ramai pasangan baru kawin tapi lambat dapat anak. Mengapa? Banyak faktornya antaranya cara pemakanan yang tak sihat dan sebagainya. Tahu tak kira waktu subur? Jika anda mahir mengira waktu subur (Bagi yang normal haid setiap bulan) mudah bagi anda untuk fokus bila waktu perlu samada untuk mendapatkan zuriat atau menjarakkan kehamilan.

Sebelum nak tahu waktu subur kita yang tepat, yang paling penting mesti tahu purata haid. Sebab tu pentingnya hari pertama haid dicatat di dalam kalender kita. Di sini saya cuma ringkaskan seboleh mungkin tentang hari subur dalam bentuk gambarajah yang lebih mudah difahami.

PURATA HAID

Purata haid setiap orang tak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan tu memang senang nak tahu bila hari subur kita. Yang tak normal? Haaa.... baca kat bawah lagi.

Cara kira purata haid seperti dalam carta di bawah ni. Saya olah jadual ni bagi senang faham dan ringkas. Baca, fahami dan kira purata kitaran haid anda.

Kira Purata Haid photo KiraPurata.jpg1. Mesti tahu bila tarikh MULA haid pada bulan-bulan yang lepas.
2. Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang (Lihat gambarajah). Jadi anda akan dapat tempoh kitaran haid anda.
3. Apabila sudah ada 3 kitaran haid yang anda dapat, kira puratanya (Lihat gambarajah).
4. Purata inilah yang penting untuk mengetahui bila hari subur.

Ok, dah dapat purata haid? Lagi senang nak tahu bila waktu subur kita. Caranya? Uhmmm... Sebelum tu kita kena faham dulu tentang FASA KITARAN HAID pulak. Supaya kita faham bagaimana 'kilang' dalam badan kita ni beroperasi baru kita tahu macam mana nak menggunakannya. Ada 4 fasa penting dalam satu-satu kitaran haid. Saya dah olah dalam gambarajah bagi senang faham. Baca ringkasan yang saya buat dalam setiap fasa.

Fasa Kitaran Haid photo KitaranHaid.jpgMengapa hari ke-14 adalah hari subur?
Jawapan: Kerana purata haid adalah 28 hari. (Jawapan mudah)

Bagaimana pula purata haid selain dari 28 hari? Adakah hari ke-14 dari hari haid pertama tetap hari yang paling subur? Ohh... tidak. Sekiranya purata haid selain dari 28 hari, kira begini:

Jika purata haid 35 hari maka tolak 14 hari, maka hari subur adalah hari yang ke 21 dari tarikh mula haid. Kiraan bermula dari hari pertama dari jangkaan haid AKAN DATANG tolak 14 hari. Sebab tu penting tahu purata haid kita.

Jika purata haid 30 hari - 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 29 hari - 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 33 hari - 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Kitaran Haid - Subur photo KitaranHaid-Subur.jpgADAKAH HARI YANG DISEBUTKAN SAHAJA WAKTU SUBUR?

Secara saintifiknya, sperma boleh bertahan selama 3-5 hari manakala ovum/telur boleh tahan dalam 1-2 hari sahaja. Jadi kemuncak hari subur tu adalah pengeluaran telur dalam ovari wanita mesti dihidupkan oleh sperma jika mahukan zuriat. Jika sperma yang dimasukkan 3 hari sebelum hari subur dan 2 hari selepas waktu subur kemungkinan untuk sperma bertemu dengan telur adalah sangat tinggi.

Bagi sesiapa yang mahu merancang untuk menjarakkan kehamilan boleh mengamalkan kaedah ini, tetapi agak berisiko dan takut tidak berapa tepat. Mungkin anda boleh tersalah kira atau haid anda yang tidak menentu sukar untuk anda guna kaedah ini. Bagi yang mempunyai kitaran haid tetap tiap-tiap bulan, anggarkan agar tidak bersama pada 5 hari sebelum dan 5 hari selepas hari subur. Walaubagaimanapun cara ini tidak berapa tepat dan mempunyai risikonya sendiri.


CARA LAIN MENENTUKAN KESUBURAN (Bagi yang period tak normal boleh cuba)

1. SUHU BADAN

Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Kalau rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat.

2. LENDIRAN FARAJ

Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi.
Lendir photo Lendir.jpg

 Kalau lendiran faraj tu melekit-lekit macam ni

dan banyak dari biasa bermakna ia petanda kita subur.

3. GUNA EVOLUTION TEST STRIP

Menggunakan evolution test strip mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain.

Bagaimana strip ini berfungsi? Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah
kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil "LH surge" dan mendahului ovulasi.

Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas "LH surge".  Ujian Ovulasi LH  direka khusus untuk mengesan "LH surge" anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi. Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda.

Dimana mahu mendapatkan test strip ovulasi ini? Ianya banyak dijual di farmasi-farmasi tetapi harganya agak mahal. Anda boleh dapatkannya dari saya dengan harga RM15.00 untuk 10 batang strip test ini. email saya viaemma@yahoo.com saya akan beri consult percuma.
 photo EVOLUTIONTESTSTRIP.jpg
(Untuk Gambar Lebih Besar right click & view Image)

keputusan ujian photo KeputusanUjian.jpg

Sumber : http://viaemma.blogspot.com

 

 



Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com






 

 
Read more ...

Mengatasi Senggugut Dengan Shaklee

Perkongsian LV hari ni berkaitan Gejala atau Sindrom Pra-Menstruasi (PMS) atau dalam bahasa mudahnya senggugut sering menghantui kebanyakan wanita setiap bulan. Ada yang dah sakit-sakit pinggang, sakit kepala, nafsu makan meningkat seawal 14 hari sebelum datang haid. Setiap bulan kaum hawa akan siapkan mental dan fizikal untuk menghadapi penyakit bermusim ini.FOBIA? memang sampaikan ade yang fobia bila telah sampai masanya. Mungkin ini dapat memberi ketenangan dan berksan untuk kehidupan yang lebih tenang. Jom baca lebih lanjut lagi....

senggugut


Atasi  Senggugut (Period Pain)


  1. Perbanyakkan pengambilan makanan berkalsium tinggi. Kalsium mampu mencegah ketegangan dan menstabilkan cecair dlm tubuh. Susu, tempe dan kacang adalah makanan yang berkalsium tinggi.




  2. Amalkan pemgambilan vitamin C dos tinggi / buah-buahan yg bervitamin C seperti buah limau. Untuk dapatkan nilai vitamin C yg secukupnya, kita perlu makan 7 biji buah limau.




  3. Amalkan pengambilan makanan tambahan yg mengandungi vitamin B6 dan vitamin E untuk mencegah ketegangan pada perut.




  4. Kurangkan pengambilan garam kerana ia dapat mengurangkan pengumpulan air berlebihan dalam tubuh.




  5. Kurangkan makanan yg bertepung, kafein dan bercoklat.




  6. Makanlah makanan yg berserat tinggi.




  7. Bagi individu yang berhadapan dgn masalah anemia (kurang darah), sebaiknya mengamalkan pengambilan makanan tambahan atau makanan yg tinggi khasiat zat besinya.




 

3 Supplement yang dicadangkan :


Essential Nutrition - B Complex

B Complex


  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.




  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.




  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.




  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.




  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.




Essential Nutrition - Ostematrix

Ostematrix



  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut..

  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain

  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.


Women's Health - GLA Complex



GLA Complex



  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.

  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.

  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.


testimoni-shaklee


senggugut test 1





Testimonial senggugut



Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com







 
Read more ...

Wanita Dan Masalah Keputihan

Suke nak share tentang masalah wanita. Banyak sebab kenapa wanita sinonim dengan cantik & bersih? sebab kecantikan luaran tidak menggambarkn dalaman seseorang. Ade yang berpendapat keputihan ini adalah normal dan ade juga kata ianya adalah sejenis penyakit yang menyerang kaum wanita. Nak tau bagaimana keputihan terjadi? jom baca lebih lanjut....


Apa Itu Keputihan?

 


Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.  Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

 

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.



Punca Keputihan Terjadi


keputihan-normal-dan-keputihan-berbahaya-cari-tahu-bedanya



  • Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.




  • Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.




  • Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.




  • Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.




  • Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.




  • Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.




  • Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.




 

 

Women's Health - GLA Complex
GLA Complex


  • Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina

  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron

  • Meningkatkan sistem imun tubuh

  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan

  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis

  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.  Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.


 

Essential Nutrition - Alfafa Complex
Alfalfa Complex



  • Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.




  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.




  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.




testimoni-shakleetestimoni keputihan alfalfa shaklee

 

rawat-keputihan-dengan-alfalfa-shaklee 1



Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com





Read more ...

Pengidap PCOS Masih Boleh Hamil

Malam ni LV nak share tentang PCOS, biasa dengar tapi tak tau sangat la kan? tu jawapan yang slalu kita dengar dari rakan2 kita. Tidak semudah yang kita sangkakan, Tapi kita ambil ini dari sudut positif yang kita antara yang istimewa dan terpilih. Berat mata yang memandang, berat lagi yang menhadapinya kan. Ok, jom kita kenali lebih rapat lagi ape itu PCOS.



PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) merupakan salah satu masalah kesihatan wanita. Ia turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome. 

Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron. 


pcos stresss

PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.


 

Simptom PCOS




  • Jerawat




  • Berat badan naik mendadak dan susah turun




  • Lebihan rambut dimuka dan badan.




  • Rambut gugur




  • Period yang tidak teratur




  • Kesuburan terganggu. Ramai penghidap PCOS akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan anak.




  • Tekanan.





 

pcos couple

Cadangan Supliment Shaklee yang sesuai :-


 

Women's Health - GLA Complex

 


GLA Complex :


GLA (gamma-linolenic acid)  juga terdapat dalam EPO (Evening Primrose Oil) yang banyak terdapat di pasaran. Perbezaannya, GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam EPO dan ia 3 kali lebih berkesan dari EPO. Ia berfungsi untuk menstabilkan hormon wanita, menormalkan period dan juga mencantikkan kulit.


 

Essential Nutrition - Alfafa Complex

Alfalfa Complex :


‘raja segala tumbuhan’ yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi. Ia membantu menghilangkan keputihan pada wanita yang menyebabkan sukar hamil, mengurangkan ‘period pain’, bertindak seperti kacip fatimah untuk wanita. Ia juga membantu melegakan keletihan, mengatasi sembelit, eczema, resdung dan lain-lain.


 

File6

OmegaGuard :


Minyak ikan paling tulen di dunia berbanding jenama minyak ikan yang lain. Ia mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Ia mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita, meningkatkan sistem imun badan, mencegah kanser, membantu mengurangkan tekanan, mengawal masalah obesiti dan lain-lain.



testimoni-shaklee

testimoni-berjaya-hamilsubur test 1



Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com






 

 

 
Read more ...

Sunday, 18 May 2014

7 Cara Terbaik Kempiskan Perut Buncit



1. Minum Air Masak Yang Banyak.


minum air

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.




2. Makan Perlahan-lahan.


makan

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.




3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.


salt

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.




4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.


diet-serat

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat

penyakit perut buncit ini.




5. Kesan Pengambilan Ubat.


ubat_02

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.




6. Hindari Sembelit.


sembelit


Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.




7. Lakukan Senaman atau Bersukan.


sihat-03

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat

badan.




Set Perut Buncit


 

omegaherblax

Omega Guard



  •  berfungsi membakar lemak dan meningkatkan metabolisma



  •  kajian dilakukan di Jepun & Czech Republic mencadangkan bahawa omega 3 mampu  menghalang pembentukan lemak badan hodoh & menggalakkan  pembakaran lemak dengan cepat.



  •  Satu kajian di Australia menunjukkan pembakaran lemak yg lebih tinggi semasa senaman dilakukan  apabila mengambil omega 3 berbanding mereka yg tidak mengambilnya semasa bersukan membantu masalah perut buncit dan obesiti.


 


Herb-lax



  • Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar.



  • Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.



  • Kerana itulah detox sangat penting sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.



  • Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut seterusnya memgempiskan perut buncit. ..



  • Sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba..


 

 

testimoni-shaklee

perut buncit test 1 testimoni omega guard - perut buncit1



Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com






 

 
Read more ...

Tip Penjagaan Anak Ketika Demam

Cuaca yang tidak menentu, perubahan suhu boleh mengakibatkan demam, terutamanya anak-anak kita. LV dengan ini nak share dengan ibu & ayah tentang penjagaan anak ketika demam dan tip untuk cepat turunkan suhu badan anak2. Jangan panik yer, banyak cara yang dapat membantu kita.


6 Tips Untuk Anak Cepat Baik Dari Demam



Dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ni, kejap hujan, kejap panas, ramai anak-anak mengalami demam. Ada yang demam berhari-hari, tak baik-baik juga. Ada yang ambil masa lama nak baik dari demam. Macam-macam cara ibu-ibu nak pastikan anak baik dari demam.

Memang risau anak demam lama-lama. Macam-macam penyakit berjangkit ada sekarang, anak-anak memang mudah kena demam terutama bila terdedah di luar dan di taska yang ada anak lain yang demam.

Huhu. Risaunya.

Jom semak 6 tips berguna untuk anak cepat baik dari demam.



1. Pastikan anak betul-betul demam

demam

Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak-anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.


Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.


Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.


Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.


Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.



 

 


demam


2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.

“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun-tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging :


1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan-lahan menggunakan tuala pertama, dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga, serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.
*JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/AIS!


Air sejuk/ais
akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.
Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.



child-vater


3. Galakkan anak minum air dengan banyak
Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak-anak dan segelas cawan. Jika anak-anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit-sedikit, tetapi kerap.


Jika anak masih kecil, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit-sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.

Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas (air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.
Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain-lain.

Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak melalui tanda-tanda di bawah ini.


Dehidrasi ringan:
Aktif, jumlah air kencing dan kekerapan macam biasa, air mata ada ketika menangis.


Dehidrasi sederhana:
Merengek, bibir merekah dan mulut kering, air kencing kurang banyak, 1-2 kali sehari, berwarna kuning pekat, mata cengkung ke dalam dari biasa, tiada atau sedikit air mata ketika menangis.


Dehidrasi teruk:
Lembik, tidak mampu membuka mata atau melihat kembali, tidak kencing langsung dalam 24 jam, terbaring sepanjang masa dan tidak bermain, kaki dan tangan sangat sejuk, bernafas dengan laju, nadi lemah dan cepat, kulit kering dan berkedut.
Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/terus ke hospital untuk rawatan lanjut.



nipis
4. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak-anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak-anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak-anak juga lebih selesa.




Apotik Murah

5. Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat paracetamol (atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun-tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan.

Sekiranya demam anak-anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.




kanak-kanak berdoa

6. Banyakkan berdoa dan elakkan dari berburuk sangka dengan Allah.
Anak demam adalah tanda Allah sayang.. Allah beritahu kita sistem badan anak kita OK. Elakkan dari bersedih depan anak. Berikan semangat untuk dia cepat sembuh. Kalau dia tengok mak sedih, dia lagi sedih. Jangan terlalu ikut emosi... Doakan yang baik-baik ye wahai ibu bapa.





Nak anak sentiasa sihat, jarang demam dan batuk/selsema cepat sembuh? Jom Cuba Mealshake dari Shaklee. Ramai ibu-ibu SANGAT BERPUAS HATI dengan Mealshake.. Anak mereka cergas dan jarang demam walaupun tinggal di taska.


Meal shake shaklee


Tak percaya?


Jom tengok testimoni-testimoni ini.



testimoni-shaklee


Testimoni 1:



Testimoni 2:



Ramai ibu-ibu yang gembira. Sangat gembira.

Lebih gembira jika tahu harganya yang sangat berbaloi.


 
Hanya RM114. 

Boleh tahan sehingga 2-3 bulan.

Mak Ayah pun boleh join minum sekali.. Eh, berkali-kali pun boleh






Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com





Read more ...

AddThis

Designed By Blogger Templates