Breaking News

PRODUK

TIPS

TESTIMONI

About Us

Saturday, 22 February 2014

Panduan Memilih Vitamin Yang Sesuai




Hari ni saya nak kongsi dengan sahabat semua panduan pemilihan vitamin yang sesuai. Ade yang berpendapat tak perlu la nak makan vitamin2 ni. Tak makan vitamin pon sihat jugak, buang duit jer. Ade juga setengah pendapat yang mengatakan mahal la, tapi bila dah sakit baru nak gi carik supliment tuk badan. Nak tunggu sakit ker? saya dulu pon bersependapat dengan mereka,tapi tidak lagi, bila umur sedang meningkat, badan banyak kekurangan vitamin dengan cara pemilihan makanan yang tidak sihat & tidak ikut jadual yang betul. Badan mula la rase sakit2. susah jugak sebenarnya nak buat pilihan vitamin ...sebab pertama tak pernah cuba, kedua soal cost, ketiga macam-macam jenis. Tapi bila dah buat survey, saya dan keluarga dah jumpe vitamin/ supliment yang sesuai uba bermula dari percubaan makan vitamin c. Memang rasa lain jer bila dan mule consume. Bila dah mula tak nak dah berhenti....Sebab kesihatan semakin meningkat, kurang la sakit-sakit, seperti demam, selsema dan batuk....Jangan salah faham yer shabat, bukan langsung tak sakit tapi nisbah sakit tu dalam sebualan kurang la...dari demam dua kali sebulan turun ker 3 bulan sekali. Ni bukan cerita dongeng,tapi saya dan keluarga yang telah mengamalkan pengambilan nya,,,,,, anda pon boleh cube tau...jom baca panduan memilih vitamin yang sesuai. Pilihan di tangan anda....


ubat_02



1. Vitamin yang diambil hendaklah (full-spektrum)


 


Mengandungi semua komponen yang sepatutnya terdapat dalam sesuatu vitamin. Misalnya vitamin B Complex hendaklah menganndungi kelapan-lapan jenis vitamin B: B1 (thiamine), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B5 (asid patotenik), B6 (prydoxin), B7 (biotin), B9 (asid folik) dan B12 (cobalamin). Kalsium yang terbaik ialah yang mengandungi vitamin D, kerana vitamin D adalah faktor penyerapan kalsium. Tanpa vitamin D, kalsium akan terenap di buah pinggang dan boleh menjadi batu karang.

 



2. Vitamin yang diambil hendaklah natural (Semulajadi)


 


Badan kita memerlukan vitamin dari makanan, bukan dari sumber bukan makanan.Vitamin natural diperbuat daripada ekstrak bahan semulajadi yang mengandungi semua komponen untuk bertindakbalas dengan tubuh kita. Bagaimana kita  mengenal vitamin natural? Ia adalah semudah - tiada silica gel dalam vitamin natural.

 


 



3. Reputasi pengeluar jenama vitamin


 

Sebagai orang kebanyakan kita mungkin tak dapat nak lakukan lab test ke atas setiap vitamin yang kita nak ambil. Oleh itu, reputasi syarikat pengeluar vitamin adalah penting. Misalnya, bila menyebut tentang Shaklee, kebanyakan orang mengenali syarikat yang dah lebih 50 tahun memberi kebaikan kepada masyarakat sejagat. Analoginya, bila Nike keluarkan kasut yang dikatakan ‘mengikut aluran kaki Micheal Jordan’, tak ada orang nak pegi ukur kaki Micheal Jordan untuk pastikan sama ke tidak dengan design kasut Nike sebelum membelinya.Kesimpulannya, semakin lama sesuatu produk itu berada dalam pasaran, bermakna reputasinya semakin kukuh.

 



4. Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan “sijil halal” yang disahkan


 

 Pastikan produk yang dipilih mendapat kelulusan dari (Kementerian Kesihatan Malaysia), dan mendapat (sijil halal) yang disahkan oleh JAKIM. Ini bagi memastikan kualitinya dijamin dan tidak mengandungi bahan yang diragukan. Maklumlah, benda makan-makan ni jadi darah daging.


 



SHAKLEE mempunyai kedua-duanya :


 
Kita juga boleh mendapatkan maklumat dari pihak berkenaan tentang kajian-kajian yang telah dibuat terhadap produk mereka. Pastikan bertanya kepada orang yang betul, i.e. pakar dalam sesuatu produk itu. Misalnya untuk mengetahui tentang produk Shaklee Malaysia, bertanya lah kepada pengedar/cawangan Shaklee Malaysia. Mereka pasti mempunyai jawapan terhadap kemusykilan kita. Jangan pula bertanya kepada pihak yang tak berkaitan, kerana jawapan yang diberi mungkin dari tanggapan semata-mata. Maklumat yang betul hanya ada pada orang2 yang betul.

 

VitaminUTKkesihatan

 


 Credit : http://mcna-health.blogspot.com



Pengedar Shaklee Sungai Buloh
Nama : Surya Baizura
SID : 1086935
No HP : 012 – 6200176
Email : suryabaizura@gmail.com
FB : lovesih VitaShop
COD : Sungai Buloh, Damansara Damai, Kota Damansara, Bukit Rahman Putra.
Pos seluruh Malaysia. *Caj penghantaran dikenakan.

 

Read more ...

Wednesday, 19 February 2014

Tekanan Darah Tinggi dan Langkah Kurangkan Tekanan




Hari ni saya nak share info berkaitan darah tinggi, ada yang gelar high BP, ade yang panggil silent killer. Walau apa pun panggilan, penyakit ini tetap sama maksudnya. Saya tampil untuk share info ini disebabkan ramai pulak ipar-ipar  saya yang baru di sahkan Tekanan darah tinggi…memang tinggi..Say sorry yer (BIL/SIL/MIL) ape tu??? Brother in law, sister in law & of coz mother in law I la. Sharing is caring…huhu..kalau macam tu kehidupan mereka tidak lari dari makan UBAT sepanjang hayat….oh katakan tidakkkkk . Ape yang kita boleh lakukan juga ialah mengamalkan  diet dan cara hidup yang sihat, Supliment juga dapat membantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Sebagai alternative lain..tak salah kalau kita mencuba kan. Jom kita berkenalan dengan si Darah Tinggi…

 

Tekanan Darah (Hypertension)


 

images meter tekanan darah

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

 

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

 

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.

  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.


 

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi


imej hbMasalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan dan mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

  2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

  5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

  6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:


 

  • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.

  • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil

  • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

  • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.

  • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.

  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.


 

  1. Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.


 

Vitamin Shaklee yang disarankan:-


 

Vitalea, B Complex dan Vita-C (Vitamin Asas) : membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.

Carotomax , Vita-C dan Vita-E : Gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.

Omega Guard : Merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung

Garlic Complex - Mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.

 

 

Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com




 

Read more ...

Panduan Kekal Muda dan Bertenaga Lelaki Gagah



Kesihatan anugerah ALLAH yang tak ternilai. Sekiranya kita tidak menjaga sebaik mungkin bermakna kita tidak menghargai apa telah diberikan kepada kita.


Wahai lelaki, ketahuilah bahawa kamu juga tidak terlepas daripada penyakit-penyakit yang merbahaya. Penyakit jantung, strok, darah tinggi dan banyak lagi lah. Tambahan dengan cara hidup moden, risiko penyakit semakin besar.




Bagi mengekalkan kesihatan, anda boleh mendapatkan suplemen berikut:





  • Omega Guard




  • Vita E Complex




  • Zinc Complex






1. Omega Guard 




  • Mengandungi rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, dan lain-lain

  • Membantu dalam mengurangkan risiko penyakit jantung

  • Memelihara kesihatan otak, penglihatan serta fungsi-fungsi sendi


 

2. Zinc Complex




  • Membantu meningkatkan kualiti sperma

  • Membantu dalam mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat

  • Membantu dalam mengurangkan potensi mendapat kanser prostat atau pembesaran prostat

  • Meningkatkan paras testosteron untuk kehidupan seksual yang baik

  • Mencecah masalah mati pucuk

  • Mengelakkan masalah keguguran rambut


 

3. Vitamin E




  • dapat menghasilkan sperma yang lebih banyak

  • dapat memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma

  • meningkatkan paras testosteron di dalam badan


 




Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com



Read more ...

Penyakit Gout Dan Cara Melegakan Kesakitan




Penyakit Gout merupakan penyakiat yang biasa menyerang rakyat Malaysia. Apa itu penyakit gout? Bagaimana membantu pesakit gout dalam menjalani kehidupan seharian. Bagaimana produk Shaklee dapat membantu anda? Penyakit Gout salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur-hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes, hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Istilah "gout" berasal daripada perkataan bahasa Latin, "gutta" yang bermakna 'setitis', disebabkan kepercayaan ketika itu bahawa gout diakibatkan oleh titis humor-humor yang mengerikan dan yang mungkin berkait dengan ketul-ketul mendapan urat.
Majoriti pesakit gout adalah lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun. Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini.


Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa. Cara pemakanan pesakit harus ditukar kepada berlebihkan sayur-sayuran dan kurang daging dan makanan laut.


Pesakit-pesakit yang menghidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-duanya sekali.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, dan darah tinggi. Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:

  • Asimptomatik

  • Akut

  • Interkritikal

  • Kronik.


Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat (interkritikal) atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama. Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.



Elakkan pemakanan :-







Seelok-eloknya elakkan daging merah, organ dalaman haiwan, makanan laut terutama yang mempunyai cengkerang, ikan dengan lemak tinggi, produk tenusu, sayuran seperti bunga kubis, cendawan, bayam, sayur kacang dan brokoli.Mereka juga perlu menggelakkan minuman beralkohol dan minuman bergas. Artikel penuh : utusan online




Cadangan untuk melegakan kesakitan


Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.

Bekam lintah ternyata antara salah satu alternatif selain ubatan moden yang digunakan untuk menghilangkan serta mencegah[perlu rujukan] penyakit gout. Keberkesanan bekam lintah dalam menyembuh penyakit ini adalah kerana wujudnya hirudin (pencair darah) dalam air liur lintah itu sendiri.



  Saranan supplement yang dapat membantu pesakit gout :-



ALFALFA

Detox semulajadi yang menyingkirkan & menyah toksid secara lembut dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.





PERFORMANCE DRINK

Untuk memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detox di atas.





 OMEGA GUARD

Mengelakkan keradangan sendi. Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.









Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com





 
Read more ...

Sayangi jantung anda

 


Selagi kita bernafas, selagi itu jantung kita akan terus bekerja. Tidak pernah berhenti walau sesaat pun. Jika manusia berterusan bekerja tanpa henti, sudah pasti akan berhenti kerana keletihan. Namun tidak bagi jantung, kiranya ia terhenti kerana keletihan, sudah pasti kita MATI.



Tahukah anda bahawa :




  • Jantung berdenyut secara purata sebanyak 70x seminit. Ini bersamaan dengan 100800x sehari dan 36792000x setahun.

  • Jantung mengepam darah kesumua sel dalam tempoh masa kurang 1 minit.

  • Jantung menghantar darah ke semua organ dalam tubuh mambabitkan jarak perjalanan sejauh 96000 km


Jantung akan mengalami gangguan dan tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdapat gangguan bekalan oksigen ke jantung. Antara tanda-tanda atau gejala penyakit jantung ialah:

  • sering keletihan terlampau

  • sakit-sakit dan terasa ngilu di bahagian jantung

  • mudah berpeluh (tangan atau tubuh) walau pun tanpa melakukan aktiviti

  • loya dan mual

  • sesak nafas

  • sukar tidur/insomnia

  • rasa cemas berlebihan


Majoriti pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan mengamalkan:

  • gaya hidup sihat

  • diet seimbang

  • senaman secara teratur

  • tidak merokok

  • memiliki berat badan ideal

  • mengambil supplement yang berkualiti


 







Bagaimanakah cara nak mengatasi sakit  jantung ini?

CoQHealth Plus 

Menampilkan kesemua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10, dengan tambahan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis untuk memberikan bioketersediaan CoQ10 yang berkualiti tinggi. Sistem minyak kacang soya didalam kapsul CoQHealth Plus Shaklee dirumus untuk memastikan penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.


  • CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ianya kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum.

  • CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolestrol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat.

  • Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Jadi pengambilan supplement CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting dalam tubuh.



OmegaGuard
Mengandungi minyak ikan semulajadi daripada ikan laut dalam. Ia menyalurkan lebih banyak EPA & DHA daripada pilihan jenama lain. Satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak Omega-3 termasuk DHA & EPA. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan molekul 3 peringkat bagi memastikan ketulenan dan potensi asid lemak omega-3 didalam tubuh kita.



  • Omega-3 mengandungi beberapa fungsi penting untuk kesihatan jantung. Dua asid lemak Omega-3 yang paling baik untuk jantung adalah Dacosahexaenoic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA).  Kedua-dua asid lemak ini dapat mengurangkan triglycerides (lemak dalam darah), meningkatkan HDL (kolestrol baik), mengurangkan plak-plak yang melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan.

  • Ia juga dapat membantu dalam pengawalan kadar degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah yang baik.

  • Oleh kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya daripada makanan tambahan atau supplement.


 Cadangan Pemakanan
OmegaGuard - 2x sehari ( 2 - 4 kapsul ) selepas makan
CoQhealth Plus - 1x sehari selepas makan

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati, atau mencegah sebarang penyakit.

Bagi pengidap penyakit jantung, sila dapatkan konsultasi daripada doktor terlebih dahulu makan atau memulakan pengambilan suplemen.


Pengedar Shaklee Sungai Buloh
Nama : Surya Baizura
SID : 1086935
No HP : 012 - 6200176
Email : suryabaizura@gmail.com
FB : lovesihat
COD : Sungai Buloh, Damansara Damai, Kota Damansara, Bukit Rahman Putra.
Pos seluruh Malaysia. *Caj penghantaran dikenakan.

 
Read more ...

Tuesday, 18 February 2014

Program Diet Secara Sihat | Mudah kan?

Nak berdiet tapi tak tahu? tak pe jangan susah hati. saya bantu. Sebenarnya terdapat banyak cara untuk berdiet. Tapi mestilah diet secara sihat, walaupun kesan nya agak lambat tapi yang penting lebih selamat dari diet yang bersifat penyusutan secara mendadak. Ape tak nak makan? takut gemuk? ini semua mitos yang tidak boleh di guna pakai lagi di zaman ini. Ok tak nak celolteh panjang lebar..ni nak kongsi cara induksi diet secara sihat...

The word diet spelt out in vegetables on a wooden board.

Diet atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr Atkins bagi membantu individu yang ingin menurunkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak dalam badan. Dengan menghadkan pemgambilan karbohidrat seperti nasi, mi, kentang, dan gula akan memberi kesan kepada penyusutan berat badan dalam jangka masa panjang. Diet ini tanpa perlu berlapar cuma anda perlu memilih makanan yang bersumberkan protein tanpa karbohidrat.

Terdapat empat peringkat yang perlu anda ikuti asalkan anda disiplin dan konsisten dalam melaksanakan diet ini.

Peringkat 1-(induksi)


(2 minggu atau lebih bergantung pada berat badan anda sekarang)

Induksi  adalah peringkat terpenting kerana ia adalah peringkat permulaan perubahan corak pemakanan anda berbanding sebelum ini. Corak pemakanan anda perlu diubah dan sebaik-baiknya dilakukan selama dua minggu atau sehingga enam bulan bergantung kepada tahap kesihatan dan berat badan anda.

Semasa tempoh induksi anda haruslah mengelak dari mengambil makanan berikut: 

No-fried-Junk-Food


  • Makanan tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, kuew tiau dan sebagainya.



  • Sebarang jenis roti tidak kiralah roti biasa, bun, roti jala, rati canai dan segala jenis roti



  • Semua jenis gula - secara langsung atau tidak langsung



  • Buah-buahan selama 2 minggu - kandungan gulanya yang tinggi jika dimakan berlebihan dan menyebabkan anda menjadi semakin lapar. Selepas 2 minggu baru boleh makan berpada-pada



  • Minuman bergula,bergas, jus atau berkafein



  • Semua jenis snek dan makanan ringan



  • Semua jenis kacang selama 2 minggu



  • Semua jenis makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan atau yang sejenis dengannya



  • Makanan bertepung seperti kek atau biskut dan kuih muih



 

Makanan yang dibolehkan semasa proses induksi:

protein diet

 


  • Ayam, ikan dan daging - panggang, stim atau bakar



  • Sup dan sate (digoreng tanpa tepung)



  • Udang - bakar, tom yam dan digoreng dengan cili boh sahaja



  • Sayuran hijau (elakkan lobak merah dan kentang)



  • Air kosong dan air mineral - minum lebih tiga liter sehari



  • Burger - Buang roti dan hanya makan dagingnya bersama sayur dan mayonise



  • Pizza- Makan topping sahaja



  • Makan supplement vitamin seperti multivitamin untuk bekalan zat dan serbuk protein yang boleh memberi tenaga kepada anda.



 

JANGAN SESEKALI PONTENG MAKAN. Sarapan, makan tengahari dan makan malam seperti biasa mengikut diet sewaktu induksi  ini. Makan malam sebelum jam 7 petang. Pastikan anda makan tiga kali sehari untuk saiz hidangan biasa tapi sekiranya anda jenis yang suka mengunyah anda bolehlah kecilkan saiz hidangan anda menjadi empat ke lima kali sehari. JANGAN berlapar untuk menurunkan berat badan anda kerana ianya hanya menyiksa diri anda. Anda perlulah bijak dalam pengambilan makanan seimbang.

 

Peringkat 2


Ongoing weight loss (Penyusutan berat badan)

scales-weight-486

Selepas mengamalkan diet artkins akan berlaku penyusutan berat badan. Adalah penting penyusutan tidak berlaku secara mendadak kerana dikhuatiri berat otot yang hilang dan bukannya berat lemak seperti yang anda kehendaki. Penyusustan mendadak juga boleh menyebabkan tubuh anda menggeleber, adalah penting untuk mengambil makanan bersumberkan protein untuk mengekalkan otot dan metabolisma badan anda secara teratur.

Peringkat 3-Pre-maintenanca & Peringkat 4-Lifetime maintenance


 

images slim

Setelah program penyusutan berat badan anda berjaya, anda bolehlah makan secara teratur dan kurangkan pengambilan karbohidrat. Jaga kualiti dan kuantiti pemakanan anda agar berat badan anda tidak kembali seperti sebelumnya. Proses ini penting dalam peringkat pre-maintenance dan lifetime maintenance.

 

Sumber : Majalah Dara
Read more ...

6 Khasiat Terbaik Buah Delima

Merah si buah delima...Dalam banyak-banyak buah..kenapa yek saya pilih Delima??? Raja segala buah adalah Durian. Walaupun dari segi fizikal buah durian lebah tampak hebat, tapi delima tak kurang nya hebat dengan khasiat nya. Saya memang pengemar tegar buah durian, tapi bila pergi pasar malam tak lupa jugak jengok2 kedai buah, carik delima yang bewarna merah..lagi menarik perhatian…sebab warna kegemaran saya tu..ehemmm…jom saya nak kongsi kehebatan buah delima ni

 

delima
Kehebatan delima sudah diterima oleh dunia pada masa kini dimana ia dikatakan dapat menurunkan berat badan, mengelakkan penyakit dan memperbaiki sistem pencernaan. Ia dapat membersihkan toxin dalam badan. Jadi, delima bukanlah buah yang biasa, ia dapat memberikan keajaiban pada kesihatan dengan mengekalkan bauan badan yang sihat serta bebas daripada toksin sepenuhnya.

Delima adalah agen pembersihan yang berkesan kerana ia kaya dengan antioksidan lebih dari buah beri biru, anggur merah, teh hijau dan makanan lain yang mempunyai khasiat yang sama.
Antioksidan yang utama dalam delima dikenali sebagai "Polyphenols" dimana ia membuatkan sel darah putih menjadi kuat, banyak dan berkesan. Aliran sel darah putih melalui saluran darah dan memakan apa yang tidak diperlukan dan membuangnya sebagai bahan buangan.

 

Berikut disenaraikan khasiat buah delima:


air delima

Antioksidan 


Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana kandungan polifenol dalam buah delima yang tinggi. Fungsi antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.




Jantung


Kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat di arteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang mengambil jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung.




Kolesterol


Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).




Kanser


Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser;


i.   Jus  buah delima dapat mencegah pembentukan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sihat.


ii.  Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi normal.


iii. buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.




Alzheimer


Dalam sebuah penelitian lain, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.




Nutrisi


Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa. Ia juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.


 

Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit


 

• Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyahtoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

• Kandungan gula dalam buah delima  mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

• Buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya adalah selepas makan buah delima, ambil kulit dan jemur sehingga kecut. Kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga menjadi serbuk. Kemudian simpan dalam bekas dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi, tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah. Biarkan ia kering dan kemudian basuh.

 

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung


 

• Buah delima membantu melindungi otak bayi semasa kelahiran. Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

• Pengambilan jus buah delima semasa mengandung juga dapat membantu melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

• Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

 

Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com




 
Read more ...

Sunday, 16 February 2014

Rahsia Buat Masker Semulajadi Shaklee | ESP vs Vitamin E vs Vitamin C

Ha bukan makan jer boleh, nak jadikan masker pon boleh….memang seraba guna kan. Kalau nak cantik jer tapi ader virus “M” memang tak jadi la jawabnyakan. Bukan susah pon, alang-alang dah beli untuk makan tu, meh buat touch-up & celet sikit kat muke kite yang comel tu bagi gojez pulak. Ha,,kan dah jimat tu….. Tak perlu nak cari produk sokongan lagi, duit lagi….

Rajin-rajinkan la diri untuk membelai muke, kalau nak jerawat cepat kecut, parut di muke hilang, liang-liang rome muka terbuke tu. Kalau nak hasil yang terbaik , tak boleh la malas-malan kan!!! Kalau nak kulit jadi gebu & cantik pon malas, tak tau nak kata ape dah.

Ops! sebelum terlupe…pantang larang masker ni satu jer adik manis…kene KONSISTENT

images masker

Nak tau tak???

Jerawat ni memang teman sejati kan..heheh, kalau dia dating bertenggek je kat pipi ..kat idung ker, jom buat Masker Vitamin E, jgn bagi chance dia nak parking lama2 kat muke kite, hilang comel kejap. Lepas pakai insyallah, kecut la jerawat tu…best tak?? Nak comel tak??...

Kalau nak pipi merah macam pakai blusher…ade gak petua n cara ni..Chewable Vita c, rendamkan aja dalam air pastu pakaikan kat muke,….ala macam pakai bedak sejuk tu…kalau nak best buat malam2 sebelum tidur, lepas sapu tu biarkan semalaman & bangun pagi terus bilas..nanti nak gi keje Nampak la pipi kita kemerah merahan semulajadi…macam comel  jer…macam cun jer…nim kes nak pikat suami pon boleh…tak sabar rase nak buat Masker kan? jomm buat..

 

 

Masker ESP


plain yougert

 

Bahan-bahan nya :



  1. Energizing Soy Protein ESP

  2. Yogurt Asli (plain) – tuk melembabkan kulit, bukan tuk makan tau..hehe


Peralatan yang di perlukan :

  1. Sudu Besar

  2.  Mangkuk


 

Cara-cara buat Masker ESP


1. Ambil (2 sudu besar) yogurt asli dan masukkan ke dalam mangkuk

2. Masukkan (1 sudu besar) ESP ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama yogurt hingga sebati.

3. Sapukan  & ratakan campuran ESP & yogurt asli tadi  ke sekitar  kulit muka

4. Biarkan ia kering selama  (½ jam)

5. Bilas muka dengan air bersih

6. Disarankan untuk buat masker ni setiap hari untuk hasil yang lebih cepat.

 

 

Masker Vitamin E


vita e

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bahan-bahan nya :

  1. Vitamin E


Peralatan yang di perlukan :

  1. Jarum peniti


 

Cara-cara buat Masker Vitamin E


1. Ambil (1biji) vitamin E

2. Cucuk dengan jarum & picit perlahan-lahan sampai ia keluar minyak vitamin

3. Sapukan  & ratakan campuran  ke sekitar  kulit muka nipis-nipis

4. Amalkan sebelum tidur  &  bilas bila bangun tidur

Tadaaaaa…dah siap, cume kena tahan busuk sikit la masa tidur tu. Alah, kalau dah tidur tak bau ape dah tu. Kalau suami complaine..cakap, nak canti ni untuk abang juga,,,,,heheh

*Nota kaki :-

1 biji vitamin E – boleh di gunakan hingga 4 hari, simpan di tempat yang kering (suhu bilik), jimat kan.

 

Masker Vitamin C


vitamin c

Bahan-bahan nya :

  1. Vitamin C

  2. Air suam/sejuk


Peralatan yang di perlukan :

  1. Sudu Besar

  2.  Piring


Cara-cara membuat masker Vitamin C Shaklee :

  • Patahkan Vitamin C kepada 3 bahagian (1/3)

  • Gunakan (1 bahagian) sahaja (yang lagi 2 bahagian simpan utk hari lain)

  • Tumbuk/hancurkan (1 bahagian) vitamin c tersebut hingga jadi debu.

  • Masukkan debu itu ke dalam piring dahulu

  • Masukkan (1 sudu besar) air

  • Kacau hingga sebati & biarkan selama (3 hingga 5 minit) sehingga vitamin C tersebut kembang

  • Cuci dan bilas dahulu muka hingga bersih dan lap hingga kering

  • Sapukan  & ratakan campuran vitamin c tadi ke seluruh muka

  • Biarkan ia kering selama  (½ jam) – kalau cuci lepas bangun tidur pon boleh

  • Bilas muka dengan air bersih


So apa lagi yang ditunggu, hubungi saya sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk-produk ini

 

Berminat Untuk Dapatkannya?


Pengedar Shaklee Sungai Buloh dan Damansara


logo

iR Surya Baizura (1086935)


FB : surya Baizura


FB Page : Lovesihat VitaShop


Hp : 012 6200176 (Sms & Whatsapp) / 019 4705320 (Call & Sms)


email : suryabaizura@gmail.com




 
Read more ...

AddThis

Designed By Blogger Templates